“Itu keputusan hakim, Peguam Negara..”- PM Anwar tak masuk campur urusan DNAA Najib

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 4:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

image is not available

“Itu keputusan hakim, Peguam Negara… saya tak masuk campur,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, di sini hari ini.

PM Anwar tak masuk campur urusan DNAA Najib

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas tanpa membebaskan Najib, selepas Hakim K Muniandy dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan belum bersedia untuk memulakan perbicaraan kes yang tertangguh sejak tahun 2019.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut diberitahu bahawa pendakwaan masih belum memperoleh dokumen penting yang diperlukan untuk dibawa sebagai bukti, sekali gus memberi kesan terhadap hak tertuduh untuk mendapatkan penyelesaian sewajarnya dalam tempoh yang munasabah.

image is not available

Keputusan DNAA bermaksud tertuduh dilepaskan buat sementara waktu daripada pertuduhan, namun tidak dibebaskan sepenuhnya. Pendakwaan masih berhak untuk mengemukakan semula pertuduhan dan meneruskan prosiding jika difikirkan wajar pada masa hadapan.

Sebelum ini, Najib didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM27 juta daripada SRC di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

image is not available

Kes berkenaan merupakan antara siri perbicaraan yang berkaitan dengan SRC, selain kes utama yang menyaksikan beliau telah disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara.

Sumber: BERNAMA