Itu Laluan Kereta Lah

3 Apr 2024 • 8:59 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar perbuatan sekumpulan mat rempit di lorong SmarTAG. - gambar media sosial

Sikap sekumpulan penunggang motosikal yang sengaja tidak menggunakan laluan motosikal ketika melalui sebuah plaza tol, sering dilihat menyusahkan malah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Melalui satu rakaman kamera papan pemuka dalam sebuah kereta, sekumpulan mat rempit dilihat menggunakan lorong SmarTAG dan merempuh palang sehingga ia terbuka berikutan mereka tidak mempunyai kemudahan alat pengimbas berkenaan pada motosikal masing-masing.

Biarpun palang berkenaan sememangnya direkacipta untuk terlipat secara mendatar, namun ia tetap menyusahkan kerana pekerja perlu ke lorong terbabit untuk membetulkannya. – Getaran, 3 April 2024

@getaranmy Tak tahulah apa perlunya merosakkan harta benda awam. #getaranmy #dashcam ♬ Elaborate Clipper - DJ BAI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved