Itu merupakan tangisan kelegaan -Aisha Retno

EntertainmentMusic
17 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Itu merupakan tangisan kelegaan -Aisha Retno

BUKIT JALIL: Penyanyi, Aisha Retno mengakui, tangisan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), kelmarin merupakan gambaran kelegaannya selepas berjaya melunaskan satu persembahan yang sangat berat demi adiknya, Sayed Abu Hanifa Radityo.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata, tekanan menjayakan persembahan itu sangat dirasainya kerana ia melibatkan elemen yang sangat besar.

“Aisha sebenarnya menangis dengan kelegaan. Mungkin ada yang tanya kenapa saya menangis.

“Sebenarnya sebab ‘piece’ ini sangat berat. Saya ada penari, ada hiasan pentas yang kuat, ada band dan saya bawa adik saya.

“Jadi, tangisan itulah tangisan kelegaan saya sebab saya tengok adik saya menangis. Kami membesar bersama-sama dan memang tak terfikir kami akan menjejakkan kaki ke Anugerah Juara Lagu bersama-sama,” katanya ketika ditemui semasa sidang media AJL40, di Unifi Arena, pada Sabtu.

Aisha berkata, pengorbanan dan penat lelahnya dalam menjayakan lagu Tak Adil sehingga merangkul gelaran Naib Juara AJL40 adalah didedikasikan khas buat adiknya itu.

“Saya melakukan semua ini hanya untuk adik saya, jadi itulah definisi tangisan yang terjadi. Sudah tentu kita ada tujuan apabila beranikan diri ke anugerah ini dan kami melakukan apa yang terbaik, tetapi apa yang terjadi kita serahkan kepada juri.

“Saya sangat bangga dan terima kasih kepada para juri sudi menilai lagu ini dari segi komposisi dan sebagainya. Akhirnya, mereka boleh meraih naib juara sekali lagi dan saya sangat gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersaing pada edisi yang akan datang.

“Ini memberi suntikan semangat kepada saya. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan, saya akan cuba sertai lagi.

“Mungkin bukan saya yang menyanyi, tetapi mungkin lagu orang lain yang saya nukilkan. Terima kasih AJL kerana memberi suntikan semangat untuk saya menulis dan menulis lagi, Alhamdulillah,” katanya.

Sebelum ini, lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin, manakala lirik ditulis oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) sekali gus membawa pulang teori AJL serta wang tunai sebanyak RM100,000.

Tempat kedua menjadi milik Aisha Retno yang membawakan lagu Tak Adil sambil menyaksikan penyanyi ini membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM50,000.

Manakala tempat ketiga pula disandang oleh Reynauld Guntabid menerusi lagu Lumangad Oku Dika yang meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

The post Itu merupakan tangisan kelegaan -Aisha Retno appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved