“Itu Privasi Saya..” – Didakwa Hanya Bagi RM100 Untuk Anak-Anak, Hafidz Roshdi Nafi Culas Bayar Nafkah

Entertainment
1 Nov 2023 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas didakwa oleh bekas isteri, Nurul Shuhada bahawa dirinya culas membayar nafkah untuk dua orang anak mereka, pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan tersebut.

Pelakon tersebut mengambil pendekatan untuk mendedahkan jumlah nafkah yang diberi untuk anak-anak, Humairah dan Umar untuk setiap bulan.

Bahkan, Hafidz merasakan ia sewajarnya tidak didedahkan kepada umum kerana merupakan privasi antara dirinya serta bekas isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Berapa jumlah yang saya bagi itu adalah antara saya dan dia. Saya ada bagi nafkah dan saya tak pernah terlepas membayarnya.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa aktor tersebut culas membayar nafkah terhadap dua orang anak mereka.

Kata Shu, Hafidz hanya memberi RM100 untuk setiap seorang anak mereka sebulan hingga ibu bapa wanita tersebut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantu Shu urus anak-anak.

image is not available 1 day ago

"Sebab Marah Sekarang Nak Zalimi Anak" - JKM 'Serbu' Rumah Buat Siasatan, Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Abai Anak-Anak