“Itu Taman Permainan Kanak-Kanak, Bukan Haiwan” – Ramai Bengang Lihat Wanita Bawa Anjing Main Gelongsor

10 Feb 2025 • 4:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Taman permainan merupakan antara lokasi terbuka khusus untuk orang awam beriadah bersama keluarga.

Malah, ia sering menjadi tempat pilihan kebanyakan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama cahaya mata tersayang.

Namun, ada segelintir individu yang dilihat tidak sensitif dengan membawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing bermain dan menggunakan permainan yang sepatutnya digunakan oleh kanak-kanak.

Wanita Bawa Anjing Peliharaan Main Gelongsor

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita apabila dia dilihat memaksa haiwan peliharaannya bermain di sebuah taman permainan awam.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Instagram, kelihatan wanita berkenaan menolak anjing jenis baka husky menaiki tangga di taman tersebut.

Walaupun haiwan berkenaan seolah-olah enggan mematuhi arahan tuannya, namun pemiliknya tetap memaksa dia untuk bermain gelongsor terbabit.

Anjing berwarna separuh hitam dan coklat terang itu kemudiannya dilihat menuruni gelongsor berkenaan dan disambut oleh seorang lagi wanita yang turut berada di situ.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah taman perumahan di Johor Bahru, Johor.

Tindakan Pemilik Haiwan Undang Kecaman

Hantaran yang tular itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita terbabit yang memaksa anjingnya bermain gelongsor tersebut.

Ini kerana mereka berpendapat dia tidak sepatutnya melakukan sedemikian apatah lagi taman permainan itu digunakan oleh orang awam termasuk orang yang beragama Islam.

Malah, ada pengguna media sosial yang kini meluahkan rasa tidak yakin untuk membawa anak mereka ke taman permainan sebaik melihat situasi tersebut.

Majlis Perbandaran Dah Sertu Taman Permainan

Memetik Kosmo, seorang pengguna Facebook memaklumkan bahawa Majlis Perbandaran telah membersih dan menyertu taman permainan yang dicemari dengan haiwan itu.

Malah, dia mendakwa pemilik anjing berkenaan juga sedang dicari oleh pihak majlis bagi tindakan lanjut.

“Saya ingin maklumkan bahawa taman permainan yang dikotori oleh anjing ini telah dibersihkan (sertu) oleh pihak majlis perbandaran.

“Kejadian ini berlaku di sebuah taman perumahan di salah satu daerah di negeri Johor. Pemilik anjing ini juga sedang dicari. Harap maklum,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Walau bagaimanapun, hasil semakan kami mendapati hantaran tersebut telahpun dipadam oleh pemilik berkenaan.

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Taman Permainan Untuk Kanak-Kanak La, Yang Pelik Tu, Anjing Dia Tak De Nak Main Pun, Kenapa Owner Paksa?”

image is not available

“Taman Permainan Kanak-Kanak Bukan Untuk Haiwan, Hormat Satu Sama Lain, Ikut Peraturan”

image is not available

“Habis Rosak, Bukan Rosak Peralatan Tapi Rosak Ekoran Najis, Sensitiviti Agama Islam”

image is not available

“Tak Tahu Ke Kawasan Tu Tempat Permainan Kanak-Kanak Ada Pelbagai Bangsa & Agama?”

image is not available

“Nampak Macam Anjing Lagi Berakal Dari Manusia”

image is not available

“Taman Permainan Awam Dah Tak Selamat, Kena Buat Playground Sendiri Ke Ye?”

image is not available

Source: