“Itu Video Lama, Nabil Tak Sengaja Muat Naik…” – Zira Ayub Jelaskan Isu Rakaman Video Lama Tanpa Hijab

LocalEntertainment
18 Jan 2025 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelawak, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub menjelaskan suaminya tidak sengaja memuat naik video lamanya di Instagram Story pada bulan November yang lalu.

Memetik dari OhBulan!, Zira memberitahu video tersebut merupakan simpanan lama yang disimpan di Instagram.

image is not available

Instagramkan selalu keluar gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja.

 

Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab nanti risau orang lain menambah perkara lain pula.

Dalam pada itu, Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, dia tidak mahir menggunakan sosial media.

Saya tak reti dan tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama tu.

image is not available

Yelah selama ini memang isteri yang jaga akaun media sosial.

Walau bagaimanapun, Nabil memberitahu dia akan lebih berhati-hati selepas ini kerana risau akan anak-anaknya yang mungkin akan terkan tempias atas kesilapan yang dilakukannya.

image is not available 7 months ago

"Saya Cuba Lebih Hati-Hati.." - Komen Isu Ustaz Direhatkan Undang Kecaman, Nabil Ahmad Mohon Maaf Pada Netizen