“Itupun Ada Cakap Mahal,” Cabaran Peniaga Perlu Hadap

Business & Finance
30 Sep 2022 • 3:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Di kampung pula, peniaga perlu berhadapan dengan cabaran saingan dari segi harga. Jika kopi berharga RM7 dianggap ‘mampu milik’ oleh penduduk di bandar, kopi RM6 mungkin dianggap mahal di kawasan perkampungan dek kerana tahap pendapatan dan gaya hidup di lokasi masing-masing.

Pun begitu, realiti pahit peniaga di luar bandar yang perlu ditelan ialah mereka juga terkesan dengan inflasi yang menyebabkan harga barang meningkat. Situasi ini menjadi cabaran kepada para peniaga untuk meletakkan harga yang berpatutan sesuai kemampuan pelanggan.

“Nak jual murah, rugi. Jual mahal orang pula lari.”

Mungkin itulah monolog para peniaga setiap kali membuat kira-kira. Margin makin tipis, namun kos perlu diserap demi pelanggan setia.

Jadi mahu tidak mahu, usahawan luar bandar perlu mengorak langkah untuk melebarkan sayap mereka dengan memasarkan produk ke luar menggunakan pelbagai platform seperti media sosial dan laman e-dagang.

Langkah ini akan memberi peluang kepada usahawan mendapatkan lebih keuntungan berbanding memfokuskan kepada satu kumpulan prospek sahaja. Jika dahulu hanya tertumpu kepada promosi secara offline, kini dengan perkembangan teknologi yang pantas, para peniaga perlu berdaya saing dengan mempromosi jenama sendiri secara atas talian.

Jika dahulu hanya menjual kepada rakan-rakan dan orang kampung, kini para peniaga boleh menjual kepada orang di luar negeri yang menginginkan produk mereka.

Mana nak mula?

Sebenarnya banyak program-program pemerkasaan usahawan desa telah diadakan untuk membantu para usahawan kembangkan produk ke pasaran luar. Kali ini, khas untuk usahawan luar bandar di Limbang, Sarawak, anda boleh memulakan langkah pertama dengan mengunjungi Program Mini Karnival Usahawan Desa anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hingga 2 Oktober ini.

Bertempat di Kompleks Sukan Limbang, Sarawak, karnival ini melibatkan empat agensi di bawah KPLB iaitu MARA, FELCRA, KEMAS dan RISDA. Mereka akan membuka peluang untuk anda berinteraksi secara langsung dan mendapatkan maklumat berkenaan kemudahan serta insentif ditawarkan bagi mengembangkan bisnes anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar dengan membina rangkaian bersama usahawan lain melalui sesi business matching di samping mempromosi produk sendiri kepada pengedar dan pembeli di sana. Anda juga boleh mendapatkan maklumat bagi mendaftar skim ditawarkan seperti Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) selain menyertai Program DesaMall@KPLB.

image is not available

Baucar RM15,000 untuk pengunjung, aktiviti menarik keluarga

Lebih menarik, para pengunjung berpeluang menerima baucar belian untuk dibelanjakan sepanjang karnival tersebut. Jadi, para pelanggan dan peniaga sama-sama dapat menikmati manfaat serupa. Malah, pihak penganjur menyasarkan kehadiran 5,000 pengunjung setiap hari dengan hasil jualan mencecah RM200,000 sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Tak terhenti di situ, ada juga aktiviti menarik untuk anda sekeluarga. Antaranya ialah forum perdana, demonstrasi membuat cupcake, acara kayuhan basikal, pertandingan liga sepakan penalti, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran kucing dan cabutan bertuah.

Artis jemputan seperti Dato’ Nash dan Hafiz Suip turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Jadi jangan buang masa, sertai Mini Karnival Usahawan Desa kali ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 10 malam sehingga 2 Oktober ini.

image is not available

Berniaga di mana pun ada cabaran tersendiri, tapi usahawan perlu bijak mengatasinya supaya tidak tewas separuh jalan. Moga kehadiran anda ke KUD Limbang kali ini dapat membuka satu lagi peluang baru untuk mengembangkan bisnes sedia ada menjadi lebih maju.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman rasmi Facebook KPLB di sini.