IU Taja Kemudahan Kebajikan Sebanyak 100 Juta Won Sempena Hari Kanak-Kanak

Entertainment
7 May 2024 • 5:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi terkenal IU bermurah hati dengan mengeluarkan belanja sejumlah wang sempena Hari Kanak-Kanak Korea Selatan pada Isnin.

Menerusi portal Allkpop, IU atau nama sebenarnya, Lee Ji Eun telah memberi sumbangan kepada kanak-kanak di Seongdong-Gu, Seoul.

image is not available

Foto: IG IU

Kebaikan aktres berusia 31 tahun ini diketahui menerusi perkongsian gambar di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak sedang menikmati makan malam istimewa di sebuah restoran Outback, Steakhouse.

Gambar-gambar tersebut turut merakamkan detik-detik gembira kanak-kanak berkenaan ketika menikmati hidangan di francais itu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Blueming ini juga dilaporkan telah menderma 100 juta Won atau kira-kira RM300,000 kepada Yayasan Kanak-kanak Payung Hijau.

Sementara itu, pihak pengurusan kepada penyanyi jelita ini, Edam Entertaiment turut memberi sokongan terhadap usaha artis dibawah naungannya itu dengan mengungkapkan luahan IU yang berharap agar setiap kanak-kanak mendapat kasih sayang serta membesar dengan sihat.

image is not available

Foto: IG IU

Sekadar info, IU yang terkenal dengan semangat dermawannya ini pernah menyalurkan sumbangan sebanyak 300 juta Won bersamaan RM1 bilion kepada tiga buah institusi iaitu Hospital Asan, Hospital Kanak-kanak Seoul dan Pusat Kebajikan Kanak-kanak Korea sempena 15 tahun berada dalam industri seni pada tahun lalu.

Sumber: Allkpop

View Original Article