Izara Aishah letak syarat ketat lepas berhijab, tak minat berlakon filem percintaan

Family & Parenting
26 Jul 2024 • 10:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Izara Aishah akui menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukanlah perkara yang mudah tambahan pula ada perniagaan yang perlu diuruskan pada masa yang sama.

Menurut laporan Kosmo! Online, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham yang memperlahankan kerjayanya dalam bidang hiburan perlu mengutamakan keluarga dalam membesarkan anak yang masih kecil.

Pun begitu, Izara bersyukur kerana diberi peluang dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga dan mempunyai perancangan untuk menambah zuriat kelak.

Izara Aishah

image is not available

“Tugasan ibu bukannya mudah, apatah lagi, saya memiliki perniagaan sendiri. Saya juga perlu utamakan suami dan anak-anak, jadi ia juga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

“Tipulah kalau kata tak penat atau cukup tidur. Anak-anak pula masih kecil. Namun, apapun saya kena sesuaikan diri dengan keadaan.

“Saya percaya kalau buat semua ini dengan sabar banyak ganjaran akan diperoleh. Saya tiada rungutan, malah seronok.

“Saya juga tidak menolak rezeki dan merancang hamil dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.

image is not available

Sementara itu, aktres yang berusia 32 tahun ini mengambil pendekatan dengan menjadi selektif, memilih membintangi filem berbanding drama.

Tambahnya lagi, agak sukar untuk mengikuti penggambaran drama memandangkan ia mengambil tempoh yang lama sekaligus menganggu masa bersama keluarga.

Izara Aishah

image is not available

“Saya tunggu tawaran filem kalau ada yang bersesuaian. Kalau boleh saya nak kurang berlakon drama dan beri ruang kepada pendatang baharu.

“Kalau ada tawaran filem bagus, saya akan ambil. Kebanyakan tawaran diterima kisah cinta. Jujurnya, saya tidak berminat dengan kisah cinta.

“Lagipun, masa penggambaran drama terlalu panjang, saya bimbang tak boleh nak seimbangkan antara keluarga, lakonan dan perniagaan.

“Saya pula jenis cerewet. Sebelum bertudung ada pelbagai syarat, apatah lagi, bila berhijab, lebih banyak syarat.

“Saya tak nak menyusahkan pihak produksi. Jadi, lebih baik saya tampil dalam filem bersesuaian dan bekerja dengan produksi yang boleh terima permintaan saya,” katanya.

image is not available

Sekadar info, Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Pada 2021, Izara mula tampil dengan imej berhijab dan sejak daripada itu, dia memilih untuk mendiamkan diri mengenai penghijrahannya.

Sumber: Kosmo! Online (Fatin Farhana Ariffin)