Izara Aishah tepek bukti sahih, ralat difitnah masuk kelab malam selepas ‘hijrah’

23 Mar 2024 • 2:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon cantik, Izara Aishah tepek bukti sahih apabila ada pihak menfitnahnya memasuki kelab malam selepas ‘berhijrah’ di media sosial.

Minta penjelasan tuduhan tidak berasas

Dia menegaskan bahawa ciapan yang dibuat pengguna X itu sangat tidak berasas memandangkan tempoh waktu yang dinyatakan adalah tahun lalu dimana dia sedang hamil anak kedua.

image is not available

Izara Aishah tepek bukti sahih, tahun lepas hamil lapan bulan

Susulan daripada itu, Izara telah memuat naik ciapan mengatakan yang dia menghadiri majlis pembukaan sebuah restoran ketika itu dan sedang hamil lapan bulan.

Jadi, apa yang dinyatakan netizen tersebut sama sekali fitnah dan boleh menjejaskan reputasinya.

image is not available

Izara Aishah tepek bukti sahih, tak heran ciapan dipadam sebab dah screenshoot

Mengetahui bahawa ciapan tersebut sudah dipadam, selebriti berkenaan mengatakan tidak perlu menghilangkan fitnah tersebut kerana dia sudahpun membuat tangkapan layar ciapan yang dilakukan tanpa sebarang usul periksa itu.

image is not available

Penfitnah mohon maaf

Tidak lama selepas itu, individu yang menyebarkan fitnah terhadap pemilik nama sebenar Izara Aishah binti Hisham itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengatakan tidak berniat mahu menyebarkan perkara tidak betul kepada orang lain.

Ujarnya, dia telah memuat ciapan tersebut tanpa mengetahui hal sebenar dan benar-benar memohpn maaf di atas keterlanjurannya.

image is not available

Masih ada yang fitnah perkara lain

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun berkenaan juga turut memuat naik satu lagi fitnah di media sosial tentang dirinya yang mengatakan mengenali selebriti itu sejak masih belajar di ASWARA.

Jelas Izara ringkas, dia sama sekali tidak pernah belajar di institut pengajian tinggi tersebut sebelum ini.

image is not available

Untuk rekod, bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 ini telah mengambil keputusan untuk berhijab pada 2021 apabila memadam semua gambarnya yang tidak bertudung di media sosial.

Sejak dari itu, dia dilihat jarang muncul di kaca televisyen namun masih lagi rajin berinteraksi dengan peminat di media sosial selepas bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sumber: X IzaraAishah