J-Hope BTS akan sertai perkhidmatan tentera

WorldMusic
26 Feb 2023 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
J-Hope membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera.

SEOUL - Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera, menurut ejen kumpulan itu pada Ahad.

BigHit Music tidak memberikan tarikh beliau akan menyertai perkhimatan itu dan pengumuman akan dibuat sebaik notis pendaftaran diperoleh, lapor Agensi Berita Yonhap

Keputusan itu dibuat dua bulan selepas Jin, anggota tertua BTS, menyertai perkhidmatan itu. Kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu merancang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan berkhidmat dalam pasukan tentera selama kira-kira dua tahun. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved