J-Hope BTS Beli Kompleks Pangsapuri Mewah Di Seoul Bernilai Lebih RM64 Juta Secara Tunai

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 10:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ahli kumpulan popular seluruh dunia, tak terkejutlah kalau J-Hope merupakan antara idola lelaki paling kaya!

Terbaru pada 3 September, media melaporkan bahawa J-Hope telah membeli sebuah penthouse di kompleks pangsapuri mewah di Seoul, dengan harga 12 bilion KRW (RM39,044,040) yang dibeli secara tunai.

Sebelum kemudian, dia telah membeli sebuah unit di bawah penthouse tersebut.

Menurut laporan, lelaki itu telah menandatangani kontrak pembelian pada Jun 2020 dan menyelesaikan bayaran penuh pada Julai tahun ini.

image is not available

Kini, nilai pasaran untuk pangsapuri itu telah dianggarkan sebanyak 12 bilion KRW dan J-Hope dipercayai telah membayar lebih 20 bilion kRW (RM64,896,000) untuk kedua-dua pangsapuri itu secara tunai kerana dia tidak membuat sebarang pinjaman gadai janji.

Fuhh tahniah J-Hope!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article