J&T Express Raikan Ulang Tahun Ke-6 Di Malaysia Dengan Melancarkan Kempen #KasiJadi

TechnologyDigital
3 Aug 2024 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penyedia logistik antarabangsa J&T Express menyambut ulang tahun keenamnya di Malaysia pada bulan ini. Bagi meraikannya mereka melancarkan kempen bertemakan #KasiJadi yang menampilkan pelbagai vendor dalam perusahan logistik untuk meningkatkan kesedaran jenama dan memacu pertumbuhan perniagaan masing-masing. Kempen yang berlangsung selama dua hari bermula 3 hingga 4 Ogos 2024 itu kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Penolong Ketua Pegawai Eksekutif J&T Express Vincent Low.

image is not available

Menurut J&T Express, kempen itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada rakan kongsi dan pelanggan atas sokongan kepercayaan terhadap mereka. Selain turut mempunyai objektif yang unik bagi meningkatkan kesedaran tentang kewujudan dan kualiti produk tempatan. Kemudiannya boleh menjadi peluang yang baik untuk para vendor berhubung secara aktif diantara satu lain seterusnya membawakan kepada teknik pemasaran yang lebih menguntungkan.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, J&T turut berkongsi kejayaan terkini menerusi pengenalan sistem penerimaan pembayaran kad debit secara nirsentuh pada telefon pintar (tap-on-phone) dengan kerjasama UOB Malaysia dan Fass Payment Solution (FassPay) pada Mac lalu. Melaluinya penghantar J&T Express kini dikatakan boleh menggunakan telefon pintar mereka sebagai terminat tempat jualan (POS) kemudiannya menerima pembayaran kad debit daripada pelanggan secara nirsentuh. Ia juga membolehkan mereka menyediakan pilihan pembayaran secara digital yang lebih mudah buat pelanggan sambil menyediakan pengalaman penghantaran yang lebih baik.

image is not available

Turut dikongsi adalah jumlah kapasiti penghantaran harian pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 103.16% peratus tahun ke tahun. Seterusnya mencerminkan komitmen mereka syarikat untuk terus memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah dengan keupayaan pengalaman dipertingkatkan. Tambah J&T Express, mereka akan meneruskan komitmennya untuk bekerja keras kemudiannya memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan dan rakan kongsinya.

J&T Express telah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan ia berusaha memenuhi keperluan pasaran tempatan termasuk untuk perkhidmatan J&T Express Delivery. Ia kemudiannya berjaya mencapai pertumbuhan yang luar biasa seterusnya mampu mengukuhkan reputasi sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk syarikat perkhidmatan penghantaran segera dan selamat. Ia juga mempunyai rangkaian merentasi 13 negara yang termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Mexico dan Thailand.

View Original Article