Era pesawat penumpang supersonik berakhir pada tahun 2003 dengan persaraan Concorde. Pesawat gantian kini sedang dibangunkan bagi memenuhi keperluan individu yang mementingkan masa berbanding wang. Hermeus ialah sebuah lagi projek pesawat penumpang supersonik dengan sasaran kelajuan mencecah Mach 5 (~6000 km/j).

Selain Hermeus, Boeing turut mempunyai perancangan mengeluarkan pesawat penumpang dengan kelajuan Mach 5. Aerion pula sedang membangunkan pesawat AS2 dengan kelajuan Mach 1.4.
