Skype Kini Membolehkan Anda Menyertai Panggilan Video Melalui Pautan, Tanpa Perlukan Akaun

TechnologyDigital
4 Apr 2020 • 4:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Skype merupakan salah satu perkhidmatan panggilan video yang popular sejak bertahun lamanya. Namun, ia menghadapi persaingan sengit daripada Zoom, memandangkan kebolehan Zoom yang membolehkan sesiapa menyertai panggilan video tanpa memerlukan sebarang akaun. Cuma yang memerlukan panggilan video sahaja memerlukan akaun, dan sebuah pautan akan dicipta untuk membolehkan sesiapa yang lain turut menyertai panggilan video berkenaan.

image is not available

Kini, Skype turut menawarkan ciri yang lebih kurang sama. Pengguna Skype boleh memulakan panggilan video, dan seterusnya membolehkan rakan-rakan mereka yang lain menyertai panggilan melalui sebuah pautan khusus. Rakan-rakan yang ingin menyertai itu tidak perlu mempunyai sebarang akaun, dan boleh menyertainya terus melalui web tanpa perlu memuat-turun sebarang aplikasi.

Hal ini semestinya akan memudahkan lagi proses membuat panggilan video – dan membolehkan Skype bersaing dengan lebih aktif bersama pihak Zoom.

Bagi anda yang aktif menggunakan Skype, boleh mencuba ciri ini hari ini melalui Meet Now.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved