Jumlah Pemandu Perkhidmatan Seru-Pandu Malaysia Akan Berkurangan Sebanyak 50% Menjelang 12 Julai

17 Jun 2019 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Julai tahun lalu kerajaan mengumumkan kesemua pemandu perkhidmatan seru-pandu seperti Grab perlu mendaftar lesen PSV (Public Service Vehicle) seperti pemandu teksi. Pemandu perkhidmatan seru-pandu diberikan tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk mempunyai lesen PSV, insurans kenderaan komersial, pelekat khas dan kenderaan yang melalui pemeriksaan sekiranya berusia lebih tiga tahun.

image is not available
Jumlah pemandu perkhidmatan seru-pandu di Malaysia kini dijangka berkurangan sebanyak 50% pada 12 Julai ini. Ini adalah menurut laporan The Star yang memetik kenyataan Daryl Chong yang merupakan presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA).

Ini adalah kerana dianggarkan 75% dari 200,000 pemandu perkhidmatan seru-pandu tempatan adalah pekerja separuh masa. Mereka melihat kos tambahan yang dikenakan oleh kerajaan sebagai tidak berbaloi semata-mata untuk terus menawarkan perkhidmatan mereka.

Jadi kepada pengguna perkhidmatan seru-pandu di Malaysia, tanggal 12 Julai kelak anda mungkin akan mengalami masalah mencari kenderaan kerana jumlah pemandu yang turun mendadak. Pihak JPJ akan mula melakukan penguatkuasaan undang-undang pada tarikh tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved