Jaa Suzuran Akhirnya Bersuara Isu Abang Dan Penyanyi Bey Soba Bey Ditahan Di Thailand

LocalEntertainment
21 Jan 2025 • 9:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Jaa Suzuran

Pelakon dan pengacara, Jaa Suzuran meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui abang dan kakak iparnya, penyanyi Eda Ezrin terlibat dalam kes membabitkan dadah di Thailand.

Menurut laporan mStar, dia mendapat tahu mengenai insiden itu secara mengejut dan enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak berada di lokasi kejadian.

Saya pun tahu secara tiba-tiba ada ahli keluarga kena tangkap di sana. Nak komen lebih-lebih pun saya tak ada di tempat kejadian.

Jaa Suzuran kekal tenang walau dihujani soalan netizen

image is not available

Meskipun insiden itu menjadi perbualan hangat, Jaa mengambil pendekatan untuk bersabar dan tidak melayan spekulasi netizen.

Saya tak salahkan netizen sebab mereka memang nak tahu cerita sebenar. Tapi saya cuma tahan dan bersabar sahaja, nak marah-marah pun tiada guna.

Butiran kes Eda Ezrin

image is not available

Pada 1 November lalu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan lain ditahan di sebuah hotel di Golok, Thailand, selepas didapati memiliki 6,059 biji pil kuda.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham, tetapi menafikan tuduhan memiliki pil kuda tersebut.

#OhmediaNasihat

Sebagai masyarakat, kita harus sentiasa memberi ruang kepada keluarga yang terkesan dengan isu seperti ini untuk menyelesaikannya. Jangan cepat menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.