Jaafar Onn meninggal dunia

3 Apr 2024 • 12:50 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak veteran, Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, pagi ini.

Khabar sedih itu dikongsi beberapa rakan selebriti menerusi media sosial, termasuk Haiza Hanafi yang juga teman rapat allahyarham.

“Innalillahiwainailaihirojiun…Selamat jalan papa Jaafar Onn. Ya Allah saya saksi kebaikan yang dia lakukan. Ilmu yang dia curahkan dan rezeki dia kongsikan.

“Tempatlan dia di syurgaMu Ya Rabb…Alfatihah…,” katanya menerusi Facebook.

Jaafar dilaporkan dimasukkan ke wad hospital itu sejak kelmarin akibat pendarahan semasa membuang air besar.

Malah, beliau pernah memaklumkan mengalami masalah berkaitan jantung yang menyebabkan kakinya membengkak, sehingga sukar berjalan serta perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu. - 3 April, 2024

The post Jaafar Onn meninggal dunia appeared first on Scoop.