Jabatan, agensi disaran anjur dua kempen derma darah setahun

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2024 • 7:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Setiap jabatan di bawah kerajaan negeri disaran untuk menganjurkan sekurang-kurangnya dua kempen derma darah setiap tahun.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, berdasarkan rekod 2020, Sabah mempunyai 1907 pesakit Talasemia yang memerlukan transfusi darah.

“Angka tersebut dianggarkan meningkat setiap tahun kira-kira 10 sehingga 20 pesakit.

“Selain pesakit Talasemia, bekalan darah juga diperlukan bagi pesakit hematologi, pembedahan dan kemalangan sekaligus menjadikan Sabah negeri terbanyak memerlukan bekalan tersebut.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan agar projek Hashtag DD (#DD) atau Double Donation diadakan oleh setiap jabatan kerajaan negeri iaitu perlu mengadakan kempen derma darah dua kali setahun.

“Ini menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan para pesakit dapat menerima rawatan perubatan optima dengan membekalkan darah yang cukup, selamat dan tepat pada masanya,” katanya semasa merasmikan Konferens Transfusi Perubatan Kebangsaan Ke-11 di sini, pada Jumaat.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim.

Beliau turut memaklumkan bagi aspek lokasi dan pengangkutan, adalah amat bertepatan sekiranya Sabah memiliki beberapa lokasi tetap derma darah yang selesa dan memudahkan penderma seperti di pusat beli-belah dan pusat konvensyen.

Konferens tersebut disertai oleh 400 delegasi berdaftar dan membincangkan topik amalan transfusi inovatif, mengatasi cabaran sistemik dan perkembangan terkini terapi darah serta plasma.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.