Jabatan, agensi kerajaan diminta anjur majlis ilmu sepanjang Ramadan

LocalPolitics
3 Apr 2023 • 3:07 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

PUTRAJAYA: Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat Al-Quran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available

Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.

Dari jam 1 sehingga zuhur dengan tazkirah yang menumpu kepada satu ayat Al-Quran dan menelaah supaya dapat dihadam.

image is not available

“Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya,” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan.

Tonton ADA APA DENGAN RAMADAN yang dikuasakan oleh MAPIM Malaysia