
JABATAN Air sedang dalam proses membaik pulih paip agihan bocor di bawah Jalan Sepanggar Bay, manakala Majlis Daerah Papar telah membina parit di sepanjang sebahagian Jalan Taman Limauan sebagai sebahagian daripada usaha menaik taraf jalan Kinarut ini.
Tindakan ini bertujuan untuk menangani masalah air bertakung yang menyebabkan lubang jalan terbentuk di jalan-jalan ini.
Kedua-dua agensi mengulas maklum balas mengenai bahaya lalu lintas dan kesulitan yang dialami pemandu kerana asfalt yang rosak. Jengkaut digunakan untuk mengorek jalan dan mencapai paip itu
Pemandu dari Manggatal dan Kinarut yang mengadu mengenai tntang masalah jalan masing-masing memberikan Hotline lokasi ‘tempat masalah’ masing-masing. Maklumat ini dimajukan kepada Jabatan dan Majlis.
Jurucakap Jabatan berkata paip mid-steel-cement-lined (MSCL) yang merentasi lebar Jalan Sepanggar Bay, berhampiran bangunan Wangsa Timber Industries Sdn Bhd, didapati bocor di tiga tempat. PEKERJA kontraktor memasang tanda amaran dan penghalang di sekitar kawasan kerja di mana pekerja lain
“Kami mengesyaki paip itu mungkin pecah di bawah bebanan lori-lori 10 tan yang menggunakan jalan itu setiap hari,” katanya pada 7 Disember.
“Seorang kontraktor Jabatan Air melakukan kerja-kerja menangani kebocoran itu sejak Khamis lalu.”
Dia berkata sebuah jengkaut dikerahkan untuk mengorek bahagian atas tanah supaya pekerjanya boleh mencapai sesalur agihan terjejas yang mempunyai diameter 450 milimeter.
Salah seorang syarikat konsesi Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang papan tanda amaran dan penghadang untuk melencongkan lalu lintas di jalan dua lorong itu, menurutnya.
Jurucakap itu menjelaskan bahawa JKR bertanggungjawab menyelenggara Jalan Sepanggar Bay.
“Menjelang separuh pertama minggu ini, kontraktor kami telah selesai menangani dua kebocoran. Kerikil dicurahkan ke bahagian jalan yang terjejas”.
Ketika ditanya kenapa kerja-kerja itu mengambil masa yang lama, dia berkata ini adalah akibat tidak dapat dielakkan daripada cuaca buruk yang dialami di Ibu Negeri sejak kebelakangan ini. JENTERA penggelek jalan meratakan lapisan asfalt di Jalan Taman Limauan.
“Kami ingin menyiapkan pembaikan secepat mungkin.
“Malangnya, kami tidak menjangkakan hujan lebat yang kerap berlaku pada sebelah petang sejak beberapa hari lalu.
“Aktiviti di tapak terpaksa dihentikan buat sementara waktu setiap kali hujan lebat.” STAF Majlis berbincang mengenai tindakan pembaikan yang boleh dilakukan di jalan Kinarut itu.
Jurucakap itu berkata bahagian yang dikorek, yang dilapiskan dengan kerikil, akan dibiarkan tanpa disentuh selama “tiga hingga empat hari” untuk memastikan pembaikan itu dapat bertahan.
“Kontraktor akan mengatur untuk meletakkan lapisan asfalt baharu pada permukaan jalan, sekiranya paip agihan masih dalam keadaan baik.
“Jika cuaca mengizinkan, kami secara tentatif menjangkakan pelapisan semula ini akan dilaksanakan pada satu ketika minggu depan.”
Sementara itu, Majlis Daerah telah membaik pulih jalan utama antara jambatan, berhampiran Taman Limauan, dan simpang ke Kinarut South Residences.
Jurucakap agensi itu berkata pemeriksaan awal ke atas kawasan itu dibuat pada September, sejurus selepas agensi itu dihubungi media.
“Empat pegawai kami secara peribadi mengesahkan aduan pemandu kereta dari Kinarut itu,” katanya.
“Mereka memperhatikan bahawa air hujan mudah bertakung di permukaan jalan itu kerana saliran tidak baik di kawasan itu.”
Dia berkata bahagian Jalan Taman Limauan sepanjang 130 meter kemudiannya disekat untuk membolehkan laluan itu dinaik taraf.
Notis mengenai penutupan sementara jalan itu dipasang, dengan pemandu dinasihatkan mengambil laluan alternatif untuk sampai ke rumah mereka, menurutnya.
“Parit konkrit telah dibina di ambang untuk menyalurkan air larian dari jalan ini.
“Ia mengambil masa tiga minggu untuk kerja-kerja jalan itu disiapkan. Kami pada mulanya menjangkakan ia akan memerlukan kira-kira 10 hari, tetapi kontraktor dilantik untuk melaksanakan tugas itu, menghadapi masalah mendapatkan jumlah asfalt yang mencukupi untuk melapiskan semula bahagian jalan itu.”
Ketika ditanya berapa kerap penyelenggaraan dijalankan ke atas Jalan Taman Limauan, jurucakap itu berkata ini dilakukan jika dan bila perlu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

