Jabatan Hidupan Liar digesa pasang lebih banyak perangkap monyet

20 Feb 2023 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA PENYU: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching, menggesa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah memasang lebih banyak perangkap di lokasi kampung yang padat dengan monyet liar yang boleh mengancam orang ramai terutamanya petani di kawasan itu.

“Monyet liar itu bukan sahaja ganas malah memakan dan merosakkan tanaman. Lebih membimbangkan haiwan berkenaan boleh menyelinap masuk ke dalam rumah penduduk untuk mengambil makanan dan merosakkan harta benda.

“Saya menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai ancaman monyet dengan populasi yang banyak memakan sejumlah besar hasil tanaman mereka,” katanya.

Siti Aminah berkata, pertambahan bilangan haiwan itu sejak tujuh tahun lalu membimbangkan dan ia tidak lama lagi menjadi tidak terkawal jika tiada tindakan drastik diambil oleh jabatan berkaitan.

Katanya, sebuah keluarga di Kg Kekapor di sini membuat aduan dengan berkongsi gambar kereta dan rumah mereka yang sering menjadi sasaran sekumpulan monyet liar.

“Difahamkan JHL telah memasang satu atau dua perangkap, tetapi ia tidak mampu mengurangkan populasi monyet yang semakin bertambah dari semasa ke semasa di seluruh kawasan Kuala Penyu,” katanya.

Beliau turut menggesa ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JPKK) membuat laporan di Pejabat Daerah mengenai gangguan itu supaya tindakan yang disasarkan dapat diambil.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.