
SANDAKAN: ‘Gum-Gum’, gajah pygmy Sabah yang mengembara sendirian ke kawasan pinggir bandar Batu 16 di sini, secara rasmi dipindahkan ke habitatnya, pagi Sabtu.
Mamalia setinggi tujuh kaki seberat lebih satu tan itu sebelum ini dilaporkan merayau-rayau di beberapa ladang kelapa sawit sebelum akhirnya ditangkap oleh Jabatan Hidupan Liar Sandakan dengan Unit Penyelamat Hidupan Liar.
Gajah berusia 10 tahun itu dinamakan ‘Gum-Gum’ kerana ia ditangkap di kawasan Gum-Gum pada pagi 1 Februari.
Menurut Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussien Muin, mereka telah dimaklumkan mengenai gajah itu sejak Oktober 2023, di mana Gum-Gum pertama kali dilihat di sebuah ladang.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Gum-Gum dipercayai terpisah daripada kumpulannya semasa mencari makanan di habitat asalnya di Hutan Simpan Segaliud Lokan.
“Gum-Gum kemudiannya bergerak dari beberapa ladang kelapa sawit menuju ke beberapa kampung seperti Kampung Pertanian, Kampung Garinono, Kampung Belian dan kawasan Gum-Gum di Batu 16 di sini.
“Kami telah menerima Gum-Gum secara rasmi daripada pegawai Rela yang memaklumkan dia melihat mamalia itu merayau-rayau di sekitar Kuari 7, Gum-Gum pada 30 Januari lalu,” katanya.
Hussien berkata, satu pasukan terdiri daripada Jabatan Hidupan Liar Sandakan dan Unit Penyelamat Hidupan Liar bersama penduduk tempatan ditubuhkan untuk mengesan dan mengembalikan mamalia itu ke habitatnya.
“Pemantauan dan pemburuan Gum-Gum telah dimulakan pada 30 Januari dan ia akhirnya ditangkap pada pagi 1 Februari.
“Proses pemindahan itu kemudiannya dimulakan dengan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sabah, namun bagi membolehkan Gum-Gum kembali ke hutan simpan, ia mesti disahkan sihat terlebih dahulu.
“Dengan semua prosedur yang dijalankan dengan jayanya, Gum-Gum kini secara rasmi dipindahkan ke Hutan Simpan Segaliud Lokan hari ini (Sabtu),” jelas Hussien.
Hussien juga berkata, tidak dapat dinafikan bahawa dengan susuk tubuh Gum-Gum yang besar, ia telah memusnahkan kebun komuniti di sepanjang perjalanannya dari satu tempat ke tempat lain, justeru penduduk menyedari keberadaan mamalia itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Untuk rekod, pada 2020, Kerajaan Negeri Sabah meluluskan rancangan sepuluh tahun untuk memulihara Gajah Borneo dalam Pelan Tindakan Gajah 2020-2029.
Justeru, dalam menangani konflik gajah-manusia, Hussien berkata salah satu tugasnya ialah bekerjasama dengan pihak berkepentingan, estet, agensi dan masyarakat setempat yang tinggal berhampiran hutan simpan atau sempadan habitat gajah.
“Kami akan meningkatkan kesedaran, melantik warden hidupan liar kehormat, dan memberi kursus pengawalan gajah.
“Perkara paling penting adalah gajah-gajah ini selamat dan manusia juga selamat. Ia bermakna situasi menang- menang untuk semua,” kata Hussien.
Hussien ditemui Daily Express di Hutan Hujan Sepilok sebelum perjalanan pemindahan Gum-Gum ke Hutan Simpan Segaliud Lokan, pada Sabtu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
