
Kota Kinabalu: Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Sabah komited dalam usaha untuk memantapkan aktiviti memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan negara.
Pengarahnya, Jasmi Rasit berkata Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) sememangnya sinonim dengan misi untuk mewujudkan dan meningkatkan kefahaman serta kemahiran penggiat seni dan pelajar, terutama dalam bidang seni dan pendidikan.
“Kita di JKKN Sabah juga berhasrat menjadikan kejayaan yang sudah dicapai pada tahun lalu, sebagai satu penanda aras dan ukuran tahap prestasi serta kualiti penggiat seni dan pelajar kita.

