Kerana Madani mengumumkan bantuan RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos depan. Bantuan RM100 ini dikreditkan terus ke MyKad yang kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Usai pengumuman dilakukan beberapa hari yang lalu, di laman media sosial ramai mula tertanya-tanya adakah MyKad mereka perlu ditukar sebelum dapat menebus bantuan ini. Semalam lama Facebook Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkongsi infografik yang membolehkan rakyat Malaysia mengetahui sama ada MyKad mereka perlu ditukar ataupun tidak.
Jika MyKad anda tidak boleh dibaca ketika cuba melakukan urusan kerajaan, sudah berusia lebih 10 tahun dan mengalami kerosakan fizikal seperti tercalar, anda disarankan pergi ke cawangan JPN berdekatan untuk melakukan proses gantian kad baharu.
Anda mempunyai masa sehingga 31 Disember untuk melakukan proses gantian sekiranya anda ingin menebus bantuan RM100. Selepas melangkah ke 2026, kredit yang tidak ditebus tidak lagi boleh digunakan.



