
BEAUFORT: Pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengairan Sabah (JPS) perlu membersih dan menyelenggara sebatang anak sungai di jalan Kampung Melabau kerana ianya sudah ditumbuhi semak samun.
Seorang penduduk, Tarisin Abdullah, berkata anak sungai tersebut terlalu semak, menyebabkan pengairan air sungai keluar ke sungai besar tidak lancar terutama ketika hujan lebat.
Pembersihan anak sungai tersebut biasanya akan dilakukan oleh JPS setahun dua kali iaitu setiap enam bulan sekali namun kali ini hanya sekali setahun dan sebab itulah sungai ini ditumbuhi semak samun, katanya.
“Jika hujan lebat turun maka akan berlaku banjir sehingga menyukarkan penduduk menggunakannya sama ada pejalan kaki mahu pun pengguna kenderaan,” tambahnya.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Jelasnya, banjir setinggi 1 meter boleh berlaku dan ini menyukarkan penduduk, sama ada mahu melaluinya atau yang mengambil buah kelapa sawit.
Ini, katanya, akan menjejaskan kerja-kerja di ladang sawit malah menghalang penduduknya menggunakan laluan tersebut dan terpaksa menggunakan laluan di tempat lain yang lebih jauh.
Kerajaan terutama sekali JPS perlu bertindak membersihkan anak sungai ini bagi memastikan penduduk tidak bermasalah untuk menggunakan jambatan yang ada, katanya.
Tarisin juga memberitahu, di tempat lain sungai-sungai telah dibersihkan namun sungai di Kg Melabau ini juga perlu diberi perhatian demi keselesaan penduduk.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
