
PENAMPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menubuhkan Unit Cawangan Latihan khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan kesedaran integriti.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Ibrahim Mohd Yusof berkata aspek integriti merupakan perkara yang sentiasa dititikberatkan.
“Tujuan utama penubuhan unit tersebut adalah bagi memberikan latihan-latihan berkaitan integriti.
“JPJ sentiasa berusaha memastikan para pegawai mematuhi prosedur kerja dan peraturan yang telah ditetapkan ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Iftar Ramadan 2024 JPJ Negeri Sabah di Masjid Baiturrahman.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Dalam majlis tersebut, Ibrahim juga menyampaikan sumbangan kepada 41 penerima serta sebuah van kepada Maahad Tahfiz Darul Furqon.
Di samping itu, beliau turut memaklumkan JPJ sedang merancang untuk membina sebuah lagi akademi bagi memudahkan pegawai yang bertugas di Sabah dan Sarawak mengikuti latihan agar mempunyai peluang meningkatkan kemahiran serta kecekapan.
“JPJ melihat ada keperluan untuk membina sebuah akademi di wilayah Borneo memandangkan kos penghantaran pegawai menjalani latihan di Semenanjung agak tinggi,” ujarnya.
Pada masa kini, Akademi JPJ hanya ada di Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Johor, Langkawi dan Kelantan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
