Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender

15 Aug 2023 • 7:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara menafikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti yang ditularkan di media sosial.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua proses perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tender kerajaan.

"Tender berkenaan juga tertakluk kepada peraturan kewangan yang ditetapkan dan syarikat yang dibawa ke Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan telah melepasi penilaian peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan," menurut kenyataan itu.

Menurut Jabatan Penjara, lembaga perolehan untuk tender itu juga telah bersidang pada 10 Julai lepas untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya. 

"Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini," katanya. -- 15 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved