Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan aktiviti pembalakan haram

LocalPolitics
7 Dec 2024 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

Kota Kinabalu: Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) menafikan dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram di negeri ini seperti dilaporkan dalam dua artikel Sarawak Report baru-baru ini.

Artikel itu ialah ‘Illegal Logging In Sabah’ yang diterbitkan pada 1 Disember dan “Sabah Forestry Admits Log Extraction and Export – Says Timber is Disease Ridden” pada 3 Disember oleh Sarawak Report.

Dalam satu kenyataannya di sini, pada Jumaat, Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan berkata artikel kedua itu telah secara silap memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan jabatan berkenaan.

“Ini tindakan tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat jahat. Jabatan Perhutanan Sabah akan membuat laporan polis tidak lama lagi,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “Dalam artikel pertama, dakwaan Sarawak Report bahawa kayu balak dikeluarkan tanpa bayaran yang sepatutnya adalah tidak betul.

“SFD selama ini mengutip royalti bagi pengeluaran pokok Acacia mangium mengikut Peraturan Hutan 1969.

“Mengenai isu wabak penyakit Ceratocystis, SFD melalui penyelarasan dengan Yayasan Sabah, mengambil langkah untuk membendung dan menghapuskan ancaman yang dicetuskan oleh penyakit itu.”

Beliau berkata isu berkenaan telah dibincangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada November lepas.