Jabra dan Club Med nak bagi hadiah percutian impian ke Thailand, ini cara untuk menanginya

Travel
31 Oct 2023 • 4:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dah dekat hujung tahun ini, mesti ada yang merancang untuk pergi bercuti. Macam mana kalau dapat bercuti ke Phuket, Thailand? Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, mesti seronok. Lagi seronok kalau dapat bercuti secara percuma, betul tak?

Dengan pembelian mana-mana boleh model siri Jabra Elite terpilih, anda berpeluang untuk memenangi percutian ke Thailand menerusi peraduan Cabutan Bertuah Jom Cuti! anjuran Jabra dan Club Med. 

Senarai hadiah untuk dimenangi

image is not available

Berikut adalah hadiah-hadiah untuk anda menangi:

1. Hadiah utama

Pemenang Hadiah Utama akan menikmati penginapan 4 hari 3 malam bagi dua orang dewasa untuk Bilik Superior di Club Med Phuket, Thailand yang bernilai RM5,600. 

Pemenang hadiah utama akan menikmati pengalaman luar biasa meneroka pulau Phuket yang indah dan terkenal dengan pantai menakjubkan, budaya yang meriah dan layanan mesra.

2. Hadiah kedua

Penginapan 3 hari 2 malam untuk dua orang dewasa di Bilik Superior di Club Med Cherating, Malaysia yang bernilai RM3,000. Pemandangan pantai Laut China Selatan yang tenang menanti pemenang di sana.

3. Hadiah ketiga

Satu unit jam tangan pintar Apple Watch SE bernilai RM1,999.

4. Hadiah saguhati

10 pemenang bertuah akan memenangi tambah nilai Touch 'n Go bernilai RM88.

Cara sertai Cabutan Bertuah Jom Cuti!

Nak sertai peraduan Cabutan Bertuah Jom Cuti! ini? Hanya dua langkah mudah yang perlu anda lakukan:

image is not available

Langkah pertama: Beli mana-mana model fon putik Jabra Elite Series terpilih berikut:

image is not available

Langkah kedua:

Anda perlu mengimbas kod QR yang disediakan. Isikan maklumat diri dan lampirkan resit pembelian sebelum menghantar borang. 

Itu sahaja langkah yang anda lakukan untuk berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tersebut, mudahkan?

Kempen ini akan berlangsung selama dua bulan bermula 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023. Untuk sebarang info terkini mengenai peraduan ini, anda boleh rujuk platform rasmi Jabra di  Instagram, Facebook dan TikTok.

Berminat nak dapat fon putik keluaran Jabra? Anda boleh dapatkannya di gedung rasmi Jabra di Shopee dan Lazada.

Bacaan berkaitan: