Jabra Elite 8 Active Gen 2 Dan Elite 10 Gen 2 Dilengkapi Pod Pengecas Pintar Dengan LE Audio Pertama Dunia

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabra meluaskan rangkaian produk audionya dengan dua pilihan baharu melalui Elite 8 Active Gen 2 dan Elite 10 Gen 2. Gabungan elemen tertentu seperti teknologi lebih terkini juga menjadikan kedua-duanya menarik dalam kelasnya. Salah satu kelebihan utama fon telinga baharu ini sudah tentunya pada sokongan pod pengecas pintar dengan LE Audio LE pertama dunia.

image is not available

Ia dikuasai cip baharu yang membolehkan pengguna menstrim audio dengan mudah daripada pelbagai peranti melalui sambungan USB-C atau bicu audio 3.5mm. Ini bermakna pengguna boleh menyambungkan pod pengecas tersebut pada mana-mana peranti lain menggunakan kabel pengecas USB-C ke USB-C (bersama bicu audio 3.5mm) yang disediakan dalam kotak pembelian. Kemudian pod pengecas itu sendiri akan menyambung audio secara nirwayar terus ke fon telinga untuk tujuan mendengar.

image is not available

Terdapat juga CODEC L3 dan Advanced Active Noise Cancellation (ANC) terbina yang disokong pada enam mikrofon Elite 10 Active Gen 2 untuk menapis bunyi latar. Sementara itu mikrofon Elite 8 Active pula menggunakan Adaptive Hybrid Active Noise cancellation yang dipertingkatkan. Pengalaman audio juga bertambah baik dengan adanya sokongan Spatial Sound by Dolby dan New Natural HearThrough serba baharu yang diberikan bersama pada kedua-dua fon telinga.

image is not available

Ciri lain juga diberikan ialah kalis air IP68 untuk fon telinga (tetapi IP57 untuk Elite 10 Gen2) dan IP54 pula pada pod pengecas. Selain itu kedua-duanya juga menyokong ciri Multipoint Connection untuk sambungan pada dua peranti serentak. Ketahanan bateri pula boleh mencapai 8 jam dan 32 jam (dengan pod pengecas) untuk Elite 8 Active Gen 2. Sementara itu Elite 10 Gen 2 pula boleh digunakan sehingga 6 jam dan 27 jam dengan bantuan pod pengecas.

image is not available

Elite 8 Active Gen 2 dijual dengan harga $229 (~RM1,078) dan boleh didapati dalam warna Navy, Black, Coral dan Olive), Kemudian Elite 10 Active Gen 2 pula berharga $279 (~RM1,314) dengan pilihan warna Titanium Black, Gloss Black, Cocoa, Denim dan Soft White.

View Original Article