
JACAR bersama jenama filem penapis haba premium global, LLumar, berjaya menganjurkan LLumar Tint-Off Championship 2026, sebuah pertandingan berprestij yang menghimpunkan pemasang filem penapis haba terbaik dari seluruh negara dalam usaha meningkatkan standard kemahiran dan mutu pemasangan industri automotif Malaysia.
Pertandingan yang berlangsung sempena KLIMS 2026 itu menyaksikan penyertaan lebih 50 pengedar dan pemasang LLumar dari seluruh Malaysia, dengan para peserta dinilai berdasarkan pelbagai aspek penting termasuk ketepatan pemasangan, kemasan akhir, kemahiran teknikal, kebersihan kerja, kecekapan serta tahap profesionalisme keseluruhan.







Bagi memastikan penilaian bertaraf antarabangsa, LLumar Malaysia turut menjemput dua pakar industri dari China yang diiktiraf oleh LLumar Global dan mempunyai pengalaman melatih ribuan pemasang filem automotif di peringkat antarabangsa.
Menurut LLumar Malaysia, pertandingan ini bukan sekadar menonjolkan kelebihan teknologi nano-seramik dan prestasi produk LLumar, malah memberi penekanan kepada aspek craftsmanship, kemahiran pemasangan serta konsistensi kualiti yang menjadi faktor utama dalam memastikan kepuasan pelanggan.








“Produk yang berkualiti perlu dipadankan dengan pemasangan yang sempurna. Melalui pertandingan ini, kami mahu memastikan setiap pemasang LLumar mencapai tahap kemahiran yang diiktiraf antarabangsa serta memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan,” kata wakil LLumar Malaysia.
JACAR sebagai rangkaian penjagaan automotif terkemuka Malaysia terus komited dalam memperkasakan latihan teknikal dan pembangunan kemahiran para pemasangnya melalui program latihan berterusan. Inisiatif seperti LLumar Tint-Off Championship menjadi platform penting untuk mengiktiraf bakat, memupuk budaya kecemerlangan dan meningkatkan standard industri penapis haba automotif negara.
Keputusan LLumar Tint-Off Championship 2026



Juara: LLumar Kulai
Naib Juara: LLumar Perling
Tempat Ketiga: LLumar Kajang
Ketiga-tiga pemenang berjaya menampilkan tahap ketelitian, kemahiran teknikal dan profesionalisme yang cemerlang sepanjang pertandingan, sekali gus menjadi penanda aras baharu bagi industri pemasangan filem penapis haba automotif di Malaysia.

Melalui penganjuran LLumar Tint-Off Championship 2026, JACAR dan LLumar sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam memajukan industri automotif tempatan serta melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
