Wanita yang sebelum ini menjadi perhatian ramai susulan video tular melibatkan sekumpulan pelancong Malaysia di China akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Nur Asyiqin Mohd. Dalil mengakui kesilapannya dan menyatakan rasa kesal terhadap tindakannya yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
AdvertisementAkui Tindakan Timbulkan Ketidakselesaan
Menurut Asyiqin, dia menerima sepenuhnya tanggungjawab atas tindakannya yang telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai.
“Saya Nur Asyiqin Mohd. Dalil dengan rendah serta seikhlas hati ingin memohon maaf atas isu tular iaitu kekhilafan reaksi spontan saya ketika bercuti di negara China pada 15 Jun lepas.”
“Saya faham dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya yang telah menimbulkan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak.”
“Saya menghormati pandangan, teguran dan perasaan semua pihak serta tidak pernah berniat untuk menyinggung, mengaibkan atau menimbulkan sebarang konflik kerana ketika itu hanyalah reaksi spontan yang bukanlah dirancang,” katanya.
Menyesal Dan Ambil Iktibar
Dalam hantaran sama, Asyiqin berkata dia menerima segala teguran yang diberikan dengan hati terbuka dan menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran buat dirinya.

Video Tular Undang Kecaman Ramai
Sebelum ini, video memaparkan sekumpulan pelancong Malaysia didakwa menjerit perkataan “busuk” dan “tak mandi” ketika berada di tempat awam di China tular di media sosial.
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen, termasuk rakyat Malaysia sendiri yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak sensitif dan boleh menjejaskan imej negara.
Walaupun video asal telah dipadamkan, rakaman itu sempat dikongsikan semula oleh pengguna media sosial dan turut mendapat perhatian beberapa portal berita antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cari Pasal Dengan Rakyat Malaysia, Akaun Media Sosial Noor Azizah Rohingya Disekat
The post Jadi Bahan Berita Media Antarabangsa, Wanita Dalam Video ‘Busuk Tak Mandi’ Di China Tampil Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





