Jadi ‘Bookie’ Piala Dunia, Gadis Berusia 19 Tahun Ditahan

7 Dec 2022 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Disyaki terlibat dengan kegiatan bookie bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditangkap pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon yang ditemui Harian Metro, suspek ditangkap ketika Op Saga Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau yang dilakukan di sebuah premis kedai serbaneka yang terletak di Singai Tondong sekitar jam 4 petang.

image is not available

Polis merampas satu telefon bimbit berserta kad SIM, satu helai resit bertulis angka-angka Fifa World Cup 2022 Qatar, pencetak mudah alih berwarna hitam dan sejumlah wang tunai.

Poge Nyaon juga memaklumkan bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved