Jadi Duta Barang Kemas - Netizen Kurang Senang Bila Bakal Isteri Shuib, Watie Tunjuk Jari Maris Ala Mencarut Pamerkan Cincin

17 Jun 2023 • 10:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hantaran daripada Shuib dan Watie itu menerima banyak komen daripada netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa kurang senang mereka dengan cara bakal mempelai ini beraksi dengan gaya sebegitu - Tangkapan layar video Instagram

Bakal menjadi Raja Sehari tidak lama lagi, pelawak yang bergelar usahawan, Shuib serta bakal isteri nya Watie telah dilantik sebagai duta untuk sebuah produk jenama barang kemas tempatan. 

Perlantikan mereka sebagai duta telah diumumkan sendiri oleh Shuib dan Watie di dalam hantaran Instagram masing-masing beserta iklan video mereka mempromosikan cincin daripada jenama barang kemas tersebut. 

“Alhamdulillah, terima kasih Siti Jewels & @ybsolehh kerana memilih saya & Watie sebagai Duta Siti Jewels.

“Harapan kami semoga hubungan kerjasama kita berkekalan dan kami ucapkan selamat maju jaya kepada @sitijewelsmy, “ tulis Shuib. 

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara pasangan ini mempromosikan cincin tersebut dengan hanya menunjukkan jari manis. Sekali pandang, ia seolah-olah seperti tanda mencarut. 

Atas sebab itu, hantaran daripada Shuib dan Watie itu menerima banyak komen daripada netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa kurang senang mereka dengan cara bakal mempelai ini beraksi dengan gaya sebegitu. 

Berbanding Shuib, kebanyakan komen tidak puas hati itu lebih banyak dizahirkan kepada Watie atas alasan ia sama sekali tidak sesuai digayakan oleh seorang wanita sepertinya. 

Komen seorang pengguna Instagram @dhuyyuffurrahman: Secara jujur, motif buat jari macam tuh? Maaf tak faham, rasa kurang sesuai”. 

Pengguna @farajihanmss pula menyoal: “Memang kena buat jari camtu ke sis. Mcm aneh jer”. 

image is not available
Tangkapan layar komen netizen

@reezma_hashim pula menyatakan komennya: “Tak payah kot buat jari begitu. Banyak lagi stail lain. Yang pelik-pelik juga nak dijadikan trademark. 

@_prtvtmoyy pula menulis: “Kesian pun ada dengan Watie nih. Sokmo tak betul apa dia buat. Tapi kali ni memang tak betul. Kenapa setuju untuk buat jari macam tuh. Sumpah tak kelakar. Bye”. 

Manakala sizzles_prite pula dalam komennya berkata: “Ish..ingatkan Watie bagi kita jari tengah. Rupanya… (dengan emojii ketawa). 

image is not available
Tangkapan layar komen netizen

Bagi yang mengikuti perjalanan kisah Shuib, pasti sudah maklum bahawa usahawan bekas suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ini bakal mengahwini wanita pilihannya, Watie pada 23 Jun ini. 

Baik Shuib mahu pun Watie, pasangan yang sudah pun mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu juga sedang sibuk membuat pelbagai persiapan menjelang majlis pernikahan. 

Majlis pernikahan tanpa majlis resepsi perkahwinan yang turut mendapat tajaan sebanyak RM1 juta ini juga akan turut disertakan dengan majlis berinai dan majlis khatam Al-Quran. – Getaran, 17 Jun 2023