Jadi Isteri Jutawan Dubai, Wanita Mengeluh Terima Layanan Mewah

Family & Parenting
13 Dec 2023 • 11:35 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
wanita mengeluh suami jutawan

Seorang wanita mengeluh suami jutawannya (jutawan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberikan layanan mewah kepadanya.

Masalah kahwin dengan lelaki kaya

Perkara tersebut dikongsikan seorang isteri yang menggunakan nama akaun TikTok sondiofarabia apabila berkongsi momen berbelanja dan menjalani kehidupan mewah bersama suami dengan kasyen “masalah apabila berkahwin dengan lelaki kaya”.

Wanita mengeluh suami jutawan, tak dibenar pakai duit poket sendiri

Dalam posting itu,, dia telah memuat momen sewaktu sedang berbelanja di sebuah butik mewah Jimmy Choo dan mengatakan bahawa dirinya tidak dibenarkan membayar apa yang ingin dibeli.

“Saya tidak dibenarkan untuk menggunakan wang poket saya (semua perbelanjaan ditanggung oleh suami), bersama emoji sedih sebelum mendedahkan bahawa suaminya membeli sesuatu dari gedung tersebut,” ujarnya.

image is not available

Wanita mengeluh suami jutawan hingga tak dibenar jalan kaki

Dia juga memberitahu suaminya akan membawanya menaiki pesawat untuk melancong ke mana-mana destinasi setiap bulan termasuklah sentiasa menyediakan pengawal peribadi, namun kadang kala ia agak menjengkelkan.

“Suami membawa saya terbang (menaiki pesawat) pada setiap bulan. Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari),”

“Sentiasa menghantar pemandu kerana saya tidak sepatutnya berjalan kaki. Jamal suka apabila saya berkelakuan baik,” tulisnya.

image is not available

Wanita yang sering berkongsi kehidupan mewahnya di Amerika Syarikat (AS) dan UAE telah menerima pelbagai komen daripada warganet yang kebanyakkan menganggap pengguna TikTok berkenaan sangat beruntung.

Mana tidaknya, konten-konten yang disajikan kepada pengguna aplikasi terbabit hampir kesemuanya menceritakan betapa kayanya suami tersayang sehingga dapat membeli pelbagai jenama di butik-butik mewah tanpa sebarang beban.

Sumber: TikTok sondiofarabia