Jadi Peserta Paling Tua, Watie Hanifiah Kongsi Gambar Hadiri Kursus Kahwin

Entertainment
31 May 2023 • 11:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum mengetahui pelawak terkenal, Shuib bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Watie Hanifiah tak lama lagi.

Terbaru, Watie telah memuat satu posting di Instagram memaparkan dirinya menghadiri kursus kahwin bagi persiapan hari bahagianya tak lama lagi.

Hari bahagia Watie

image is not available

Dalam posting tersebut, Watie memaklumkan dirinya merupakan peserta yang paling tua. Walau bagaimanapun, dia tetap percaya bahawa faktor umur yang lewat adalah disebabkan Allah SWT mahu memberikan yang terbaik buatnya.

Peserta tertua.. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab Allah SWT nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat. Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat..Eh!

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terkejut kerana Watie masih lagi kelihatan cantik meskipun telah berusia 35 tahun. Ada juga yang sempat menitip doa agar urusan Watie dan bakal suami dipermudahkan.

image is not available

Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan mempelai ini nanti.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media