Jadi Punca Jemaah Kena  Ganti Puasa, Pihak Masjid Mohon Maaf Sebab Laung Azan Awal 4 Minit Sebelum Waktu Berbuka

1 Apr 2024 • 3:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
masjid laung azan sebelum berbuka

Sebelum ini kami ada melaporkan yang Masjid Prima Saujana Kajang melaungkan Azan Maghrib 4 minit awal sebelum masuk waktu Maghrib atau berbuka puasa yang sebenar. Allahu!

Menurut laporan Harian Metro, pengurusan masjid itu telah pun memohon maaf kepada jemaah kerana melakukan perkara itu olsh sebab ada masalah teknikal.

Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari masjid itu perlu ganti atau qada puasa mereka dan perkara ini dikatakan sendiri Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun.

Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali.

Sama-samalah kita belajar dari kesilapan dan diharapkan agar perkara sebegini tidak berulang lagi. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.