Jadi ‘Punching Bag’ Bapa Tiri, Gadis Dedah Didera Sampai Hampir Buta

22 Sep 2022 • 1:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dahlia dicekik, ditampar, dipijak oleh bapa tirinya sendiri.

Jadi ‘Punching Bag’ Bapa Tiri, Gadis Dedah Didera Sampai Hampir Buta. Tiada pengalaman lebih pahit daripada mereka yang menjadi mangsa dera lebih-lebih lagi didera oleh ahli keluarga sendiri. Apa yang lebih teruk adalah kebanyakan mangsa dera ini akan mengalami gangguan mental dan trauma sepanjang hidup mereka.

Di Instagram, seorang gadis dengan nama Dahlia yang hanya berusia 19 tahun telah berkongsi pengalaman pahit didera bapa tirinya yang tidak berhati perut.

https://www.instagram.com/p/Cish-ISP9qp/?igshid=N2NmMDY0OWE%3D

Mata Dahlia bengkak pecah darah

Dalam perkongsian tersebut Dahlia menjelaskan bapa tirinya telah memijak kepalanya, matanya yang bengkak pecah darah pula adalah hasil daripada dipijak menggunakan tumit dengan sangat kuat, dia juga ditampar berkali-kali dan ditarik rambut dan lehernya.

Setelah memukul anak tirinya sehingga parah, bapa tiri dari neraka ini tergamak ke dapur mengambil sebilah parang ingin menetak Dahlia. Namun tindakan pantas daripada jiran telah menyelamatkan nyawanya.

image is not available
Jadi ‘Punching Bag’ Bapa Tiri, Gadis Dedah Didera Sampai Hampir Buta. Sumber foto: Instagram d4hleea

Para doktor terkejut melihat kondisinya

Menurut Dahlia, ketika ke hospital memeriksa kecederaannya, para doktor terkejut melihat kepala, belakang badan dari bahu sampai ke kaki yang bengkak teruk. Rahang dan dalam mulutnya juga bengkak mengakibatkan kesukaran untuk makan.

image is not available
Sumber foto: Instagram d4hleea

Kecederaan pada bahagian matanya pula, terpaksa dirawat oleh doktor pakar mata kerana matanya yang bengkak teruk pecah darah.

image is not available
Sumber foto: Instagram d4hleea

Laporan polis telah dibuat

Laporan polis telah pun dibuat oleh Dahlia dan kini dia sedang menunggu tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa tersebut.

Bagi netizen di luar sana yang rancak mengeluarkan kata negatif kepada mangsa dera, diharap agar anda berhenti menganggu mangsa. Mangsa dera bukan sahaja menahan daripada sakit luaran, malah mereka juga amat ‘fragile‘ dan memerlukan sokongan daripada orang ramai. Bukannya mudah untuk mangsa-mangsa keganasan rumahtangga ini mendedahkan pengalaman pahit hidup mereka, apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah untuk memberikan kata-kata semangat agar mangsa boleh kuat menempuhi kes ini nanti.

Jadi, marilah kita serahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan berdoa agar hukuman yang setimpal dikenakan kepada si pendera tersebut.

Lagi kes dera yang telah menggemparkan satu Malaysia di sini: