Jadi Saksi Kes Ahmad Zahid Hamidi, Kemunculan Suami Tokti Iaitu Datuk K Curi Perhatian

21 Aug 2023 • 5:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, suami kepada penyanyi tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dilaporkan hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi tujuan memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Datuk Khalid yang lebih mesra disapa sebagai Datuk K itu hadir ke mahkamah kira-kira jam 8.46 pagi tadi.

image is not available

Sumber : Utusan  

Dia dilihat mengenakan baju kot hitam dan memakai kaca mata hitam sepanjang keberadaannya di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ahmad Zahid untuk membela diri terhadap 47 pertuduhan tersebut bagi dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah telah membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Zahid yang juga pengasas yayasan tersebut. – UTUSAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Satu Lagi Kemalangan Pesawat, Pelatih Juruterbang Hilang Kawalan Semasa Mendarat Di Melaka