Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.
Susulan itu, rakyat Malaysia sebenarnya sudah boleh memohon pasport versi yang baharu ini bermula 1 Julai di pejabat pasport yang terpilih.
Pegawai Imigresen Luar Negara Puji Pasport Malaysia Antarabangsa Yang Baharu
Menjadi antara yang terawal, usahawan kosmetik tempatan, Rita Sosilawati berkongsi momen membanggakan ketika menggunakan pasport baharu itu sewaktu berkunjung ke luar negara.
Kongsi Rita dalam satu hantaran di Threads, dia telah ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London untuk pemeriksaan.
Rita kemudiannya terus memaklumkan kepada pegawai terbabit bahawa pasport itu baharu sahaja diterima tiga hari selepas pelancarannya.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah reaksi pegawai imigresen itu sebaik melihat pasport baharu Malaysia buat kali pertama.
Jelas Rita yang pernah menjadi Wanita Ikon Negeri Selangor 2022/2023, pegawai imigresen di lapangan terbang tersebut memuji ciri terbaharu pasport berkenaan yang kelihatan moden serta cantik ditambah pula dengan gambar berwarna pada dokumen pengenalan negara itu.
Usahawan Bangga Dengan Respon Diterima, Seronok Jadi Yang Terawal
Sebaik mendengar respon pegawai imigresen berkenaan, Rita juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pegawai terbabit.
Pada masa sama, dia sebagai rakyat Malaysia berasa bangga sebaik mendengar pujian dari orang luar itu.
“Memang ambil masa sikit sebab mereka belum pernah nampak pasport baharu Malaysia dalam sistem mereka. Tapi seronok juga dapat jadi antara orang terawal menggunakannya di sini,” kongsinya.
View on Threads
Warganet Turut Bangga, Ada Juga Yang Kongsi Perkara Sama
Perkongsian yang telah mendapat lebih 169,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut rasa bangga sebaik membaca perkongsian usahawan terbabit.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama mendapat pujian daripada orang luar ketika menggunakan PMA yang baharu itu.
Namun, ada juga warganet yang tidak mengetahui kewujudan PMA dengan 94 ciri keselamatan berbanding 49 ciri sebelum ini.
Pasport Malaysia Kini Dah Boleh Renew Sehingga 10 Tahun
Selain dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan selaras dengan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO), pasport Malaysia yang baharu membolehkan orang ramai membuat pilihan dengan tempoh sah laku sama ada lima atau 10 tahun mengikut keperluan.
Bagi tempoh sah laku lima tahun, kadar bayarannya bernilai RM200 manakala 10 tahun pula adalah RM350.
Bukan itu sahaja, pasport versi baharu ini turut memperkenalkan rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing sebagai identiti baharu dan menggantikan Bunga Raya yang sebelum ini sebagai ikon utama.
PMA Dilaksanakan Secara Berperingkat Di 71 Pejabat Pasport
Sekadar info, pelaksanaan PMA ini akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport terpilih di seluruh negara mulai bulan ini.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Dekat Singapura Lama Juga Kena Tahan, Lepastu Puji Pasport Baru Lawa”

“Saya Tak Tahu Pun Kerajaan Malaysia Dah Lancarkan Pasport Baharu, Ketinggalan Zaman Betul”

“Malaysia Mendonia”

Baca Artikel Berkaitan: Ini Apa Yang Akan Berubah & Mula Dilaksanakan Di Malaysia Bermula 1 Julai 2026
Baca Artikel Berkaitan: Pasport Malaysia Duduki Tempat Ke-3 Dalam Ranking Dunia





