Jadikan Nama Hang Tuah Bahan Jenaka, Warga Asing Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 12:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial satu hantaran daripada seorang warga asing yang jadikan nama pahlawan Melayu, Hang Tuah sebagai bahan jenaka sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Menerusi satu hantaran di X, sebuah akaun bernama naw telah memuat naik satu foto memaparkan laluan Monorel Kuala Lumpur yang menunjukkan salah satu stesennya, iaitu stesen Hang Tuah.

Warga asing jadikan nama Hang Tuah bahan jenaka

image is not available

Tidak cukup dengan itu, naw juga membulatkan nama stesen Hang Tuah sambil menulis di ruangan kapsyen menyatakan dia tidak akan datang ke Malaysia lagi.

“Tak, saya takkan pernah ke Malaysia lagi,” katanya bersama emoji tertawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Malaysia meluahkan rasa berang mereka terhadap tindakan warga asing tersebut menghina tokoh perwira agung itu.

Hang Tuah dah lama wujud sebelum meme kamu!

image is not available

Dah tu? Pergi Google la!

image is not available

Tak ada yang jemput kamu datang sini

image is not available

Kamu cuma orang luar yang sombong dan kurang ajar!

image is not available

Hormat tokoh kami!

image is not available

Tidak cukup dengan itu, ramai juga warganet Malaysia meminta warga asing itu untuk melakukan penyelidikan sebelum membuat hantaran mentertawakan sejarah negara.

Hang Tuah tokoh terkenal Malaysia, pergi belajar sejarah!

image is not available

Hang Tuah sangat berbeza daripada ‘Gadis Hawk Tuah’

image is not available

Belajar sejarah dan budaya negara lain sebelum buat lawak

image is not available

Kamu perlu pergi belajar

image is not available

Menerusi tinjauan, warga asing itu sebenarnya keliru dengan meme yang secara tidak sengaja menjadi popular baru-baru ini yang mana seorang gadis membuat bunyi seperti meludah.

Disebabkan itu, netizen seluruh dunia mengeja bunyi tersebut sebagai ‘Hawk Tuah’ dan ejaannya hampir sama dengan ejaan nama Hang Tuah.

Gadis yang membuat bunyi ‘Hawk Tuah’ itu kemudian mendapat gelaran ‘Gadis Hawk Tuah’ atau ‘Hawk Tuah Girl’ di media sosial dan kini sedang menjadi bualan ramai.

image is not available

Warga asing yang membuat hantaran tersebut berkemungkingan menyangka Malaysia telah menggunakan gelaran gadis itu sebagai salah satu nama di stesennya.

Warga asing yang membuat hantaran itu juga mungkin tidak mengetahui bahawa ‘Gadis Hawk Tuah’ dan Hang Tuah adalah dua individu yang berbeza.

Sumber: X naw