Jadikan rumah terbuka wadah perpaduan: Robert

15 Apr 2024 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyifatkan majlis rumah terbuka Hari Raya mampu menyatukan semua kaum sebagai satu keluarga yang harmoni.

Beliau percaya melalui majlis rumah terbuka, semua rakyat di daerah ini dapat hadir untuk beraya bersama di samping menikmati jamuan, bersalaman dan mengucapkan selamat sebagai mengeratkan silaturahim.

“Pada saya setiap perayaan yang diadakan di negara ini perlu dijadikan wadah untuk menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Keluarga Besar beliau dan Hasnan Tawik Mansai yang diadakan pada raya pertama di Taman Bandukan Riverside Resort Bingkor di sini.

Lebih 10,000 orang dari semua lapisan masyarakat termasuk Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datin Seri Cecelia Edwin, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Dr Sangkar Rasam, Ketua PGRS Bahagian Liawan, Datuk Azman Haji Ruslan, Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, Pengerusi LIGS, Datuk Edward Lingu, Pegawai Daerah, Peter Jonu Moinjil, ketua masyarakat dan pegawai kerajaan hadir dalam majlis ini.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Robert yang juga Adun Bingkor berkata, walaupun raya tahun ini disambut secara sederhana oleh umat Islam di daerah ini kerana berjimat cermat, namun ia tetap meriah dengan kehadiran orang ramai ke majlis rumah terbuka itu.

Katanya, amalan mengadakan rumah terbukti mampu mengeratkan hubungan silaturahim dan keharmonian.

“Bagi saya, sambutan yang diadakan di negara ini dapat menyatupadukan rakyat dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada di samping mengeratkan kebersamaan dan semangat kekitaan,” katanya.

“Saya amat menghargai kehadiran mereka pada hari ini yang secara langsung dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim bukan sahaja sesama umat Islam tetapi semua rakyat berbilang kaum di daerah ini dan daerah lain,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.