Jadilah lelaki ‘macho’, bukan lelaki berlagak samseng depan wanita

8 Jun 2023 • 7:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

PADA Isnin, tular satu video seorang lelaki gagah perkasa berlagak samseng, marah-marah sambil tangannya menunjal kepala seorang pemandu wanita yang didakwanya memandu secara berbahaya ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak.

Ramai yang mengecam lelaki tersebut kerana berkasar dengan wanita yang sudah tentulah bukan lawan sebenar, tak kurang juga yang menyokong tindakannya itu.

Tak tahulah apa kisah di sebalik kejadian tersebut yang mendorong dia bertindak sedemikian. Biarlah sahaja polis yang siasat dan buat kerja.

Cuma Merak Jalanan tak berkenan, kenapa lelaki nak tunjuk lagak dan kekuatan dengan insan yang lemah?

Kalau pun marah, itu bukan alasan untuk mulut menghamburkan kata-kata kesat atau gunakan kekasaran. Mulut, kaki dan tangan sama-sama naik nampaknya.

Ingat, bila berlaku kejadian sentuhan fizikal (body contact), itu kan dah dikira serangan.

Ambil sahaja contoh paling mudah dalam dunia rumah tangga. Ada sahaja berita melaporkan kes keganasan rumah tangga.

Paling terkini, Merak Jalanan rasa seram sejuk bila baca berita mengenai kes seorang mekanik yang dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa mencederakan isterinya sehingga parah dengan menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa gara-gara si isteri menolak untuk melakukan hubungan seks.

Pengajaran paling penting adalah bagaimana kemarahan boleh mengundang banyak perkara negatif.

Lebih buruk lagi, ia menjejaskan nama baik dan perhubungan dengan orang lain.

Justeru, dalam hidup ini kita harus pandai kawal rasa amarah dalam diri.

Jika rasa marah, kawal emosi sebaiknya, jangan hingga kita dikuasai perasaan itu.

Sesungguhnya tutur kata adalah sebahagian budi bahasa.

Jadi peringatan kepada kita semua, marah janganlah sampai naik tangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved