
Suku pertama tahun 2026 berakhir sudah namun dicelah-celah kemeriahan hari raya ini, pastinya ada di antara anda yang masih mencari telefon raya. Jika anda sedang mencari telefon yang berkeupayaan merakam gambar potret dengan baik, realme 16 Pro series adalah jawapan terbaik untuk anda.

Dilengkapi Kamera 200MP LumaColor – Pertama Dalam Industri
Kini pelbagai telefon pintar di pasaran bersaing menerusi teknologi potret, dan realme tampil berbeza menerusi teknologi 200MP ‘Portrait Master’. Teknologi ini menggunakan kamera 200MP LumaColor iaitu yang pertama dalam industri & 200MP HI-RES yang menghasilkan gambar yang sangat menyerlah dengan pelbagai warna berdefinisi tinggi. Justeru gambar rakaman potret yang anda lakukan tampak cantik, asli, penuh warna berupaya merakamkan detik-detik penting yang ceria dan sangat memberikan inspirasi.

Kamera 200MP LumaColor ini menggunakan sensor pengimejan Samsung HP5 1/1.56” yang boleh merakam imej yang jelas ditambah lagi dengan penstabil imej optikal yang memastikan gambar dirakam pantas dalam pelbagai mod.

Dengan kamera 200MP LumaColor ini juga anda dengan mudah dapat merakam gambar kenangan walaupun secara berkumpulan. Keupayaan kamera yang dapat menyerlahkan segenap lapisan ciri-ciri wajah pengguna pastinya memberikan kenangan manis dan berbaloi dikongsi di pelbagai platform.

Apabila melihat kepada kualiti potret, antara ciri-ciri portret yang cantik adalah dengan adanya latarbelakang yang sedikit kabur, atau dipanggil ‘bokeh’. Dalam gambar diatas yang jelas kelihatan latarbelakang sedikit kabur, dan masih terjaga keperincian gambar ini terutamanya di bahagian rambut, dan berjaya membezakan subjek dengan latarbelakang, kesemuanya berasaskan teknologi pengimejan LumaColor.

Teknologi LumaColor yang turut mendapat pensijilan TUV Rheinland ini memastikan tona warna kulit dan muka dihasilkan dengan baik, dan tidak membuatkan warna kelihatan pelik atau kelihatan tidak semulajadi. Malah jika gambar potret juga mempunyai cahaya di belakang, ia boleh membuatkan gambar potret tidak menjadi kelam. Ini membolehkan pengguna bereksperimen dengan pelbagai jenis gaya potret.
Keupayaan Kamera 200MP Portrait Master ini tidaklah terhad kepada gambar potret sahaja, bahkan ia turut berfungsi baik untuk merakam video 4K HDR berfokal penuh. Dengan ini rakaman video baik siang mahupun malam dapat menyerlahkan kualitinya yang tersendiri, dan memberikan lebih nilai yang tidak terhad kepada kebolehan potret semata.

Dan tidak lengkaplah fungsi kamera berkebolehan tinggi dengan beberapa fungsi lain seperti StyleMe dan LightMe. Kedua-dua ini akan menghasilkan gambar lain dengan janaan AI, menjadikan ia lebih menarik.

Peranti Kelas Pertengahan Dengan Kemasan Premium

Sedar atau tidak, hasil dari kecanggihan teknologi dan juga pembuatan telah membolehkan peranti yang lebih ampuh, canggih, cantik dan menawan dihasilkan. realme 16 Pro series dihasilkan dengan kemasan silikon organik berasaskan bahan semulajadi yang pertama dalam industri. Bahan mesra alam ini jelas terpampang dibahagian belakang peranti, memberikan kesan sentuhan seumpama bahan kulit yang juga membuatkan genggaman peranti berasa selesa, ditambah lagi dengan tekstur halus padanya.

Kemasan sebegini merupakan sentuhan pereka Naoto Fukasawa, seorang pereka industri dari Jepun yang telah berkolaborasi dengan jenama terkemuka seperti Herman Miller dan juga Muji. Hasil sentuhan beliau yang sebelum ini terdapat pada realme X, X2 Pro, GT, GT 2 Pro kini turut jelas pada realme 16 Pro series yang menggabungkan rekaan urban dan juga bergaya. Ini jelas diperlihatkan juga menerusi rekaan perumah kamera pada telefon pintar ini, yang mempunyai permukaan berkilat mampu memberikan pantulan semula kepada pengguna, bagaikan cermin.

Menyempurnakan sentuhan Naoto Fukasawa untuk rekaan premium realme 16 Pro series ini adalah warnanya yang hadir dalam warna Master Gold dan Master Grey. Kedua-duanya hadir dalam rekaan yang senipis 8.49mm sekaligus membuatkan peranti ini tampak elegan ditayangkan dalam kehidupan seharian.

Prestasi & Spesifikasi Tidak Terkalah – Snapdragon 7 Gen 4, Bateri Berkapasiti Tinggi 7,000 mAh, NEXT AI
Sebagai jenama yang kerap menggunakan terma ‘flagship killer’, realme 16 Pro series turut membawakan spesifikasi yang cukup pada kelasnya, seiring harganya. Cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 4 bersaiz 4nm berupanya memberikan prestasi mencukupi seharian, dan menyokong teknologi terkini seperti fungsi AI yang sangat memerlukan pada masa kini.

Menambah lagi nilai ‘flagship killer’ untuk peranti ini adalah paparan HyperGlow 4D Curve+ yang mempunyai kadar segar semula setinggi 144 Hz. Pada kadar tersebut, imej yang dipaparkan sangat responsif, dan membuatkan kesemua pengalaman berjalan lancar.

Memberikan lebih kuasa kepada peranti, adalah bateri berkapasiti setinggi 7,000 mAh yang dipanggil Titan Battery. Untuk bateri sebegini, pengguna dapat menggunakan peranti dengan lama, sehinga 21 jam lamanya sekiranya memainkan kandungan YouTube. Dan sekiranya bateri berada ditahap yang rendah, sebagai contoh berbaki 1%, ia mempunyai waktu sedia sehingga 7.5 jam lamanya.

Melengkapkan peranti ini adalah fungsi-fungsi AI yang kini popular dikalangan semua golongan. Fungsi seperti AI Translate, Google Gemini Live, dapat membantu pengguna dalam urusan seharian. Fungsi AI yang khusus seperti AI Framing Master dapat menambah baik kualiti gambar yang dirakam, akan mencadangkan posisi yang baik bagaikan gambar dirakam professional.

Jelas sekali realme 16 Pro series ini dapat memberikan pelbagai fungsi yang baik untuk pengguna dalam menjadi ‘Portrait Master’. Untuk tempoh terhad, anda boleh melakukan pra-tempah peranti ini pada harga RM 20 dan mendapatkan tawaran bernilai RM 897 yang mengandungi rebat RM 100, jam tangan pintar, jaminan tambahan selama setahun dan juga jaminan selama setahun untuk keretakan skrin.

Lakukan pra-tempah anda untuk realme 16 Pro series hari ini juga.
- Tempah sekarang: realme 16 Pro series
Penafian: Advertorial dari realme Malaysia
