Jadual Operasi J&T Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

LocalSales & Promo
17 Mar 2025 • 9:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jadual Operasi J&T Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

J&T Express Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan penghantaran akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025.

“Selaras dengan misi perkhidmatan syarikat untuk beroperasi sepanjang tahun, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan mengenai jadual Pengambilan dan Penghantaran J&T sempena tempoh Hari Raya Aidilfitri 2025.

“Pelanggan disarankan untuk merujuk tarikh penghantaran bagi pelbagai destinasi untuk mengelakkan kelewatan bungkusan. Ini bagi memastikan bungkusan dapat dihantar dan diterima sebelum Hari Raya,” maklum J&T Express Malaysia.

Dalam pada itu, J&T Express Malaysia turut menggalakkan pelanggan untuk merancang penghantaran lebih awal bagi memastikan proses penghantaran berjalan lancar dan tiba tepat pada masanya.

“Sila rujuk jadual penghantaran kami dan notis rasmi ini untuk maklumat lanjut.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam jadual penghantaran, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kefahaman anda,” tambah J&T Express Malaysia.

image is not available
Sumber: J&T Express Malaysia

image is not available
Sumber: J&T Express Malaysia