Jadual waktu penting bagi melancarkan operasi sekolah

5 Sep 2024 • 4:02 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Penyerahan cenderahati kepada Syed Abdul Hafiz selepas berakhir program.

Bagi memantapkan pengurusan jadual waktu sekolah-sekolah menengah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang dan Majlis Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Daerah Klang (MAPENK) julung kalinya menganjurkan Bengkel Pengoperasian Perjawatan Guru dan Penyediaaan Jawatan Waktu Guru, hari ini.

Objektif program yang diadakan di D’Mawar Biru Hall, Kampung Bukit Kapar itu untuk meningkatkan ilmu pengurusan dalam kalangan penolong kanan pentadbiran.

Program itu juga diikuti penyelaras jadual waktu dari sekolah menengah sekitar Klang untuk mendapatkan pemahaman lebih jelas dan tepat untuk menyediakan jadual waktu bagi sekolah masing-masing.

image is not available
Peserta fokus semasa program berlangsung.

Ketua Penolong Setiausaha Unit Perancangan Perjawatan Institusi Cawangan Pembangunan Organisasi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Syed Abdul Hafiz Syed Muhammad diundang sebagai penceramah khas menerangkan maklumat dan pengalaman bagi mencapai pengurusan yang efisien dan lebih cemerlang.

image is not available
Rahim semasa menyampaikan ucapan perasmian program tersebut.

Pegawai PPD Klang, Rahim Khalid yang merasmikan program itu berkata, jadual waktu sekolah adalah alat yang penting dalam memastikan operasi sekolah berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Kita juga harus memastikan setiap mata pelajaran mendapat jumlah masa yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagaimana ketetapan KPM.” ujar beliau.

Tambahnya lagi, bengkel seperti ini juga amat penting untuk mewujudkan keselarasan antara sekolah-sekolah di Daerah Klang.

“Tanggungjawab seorang penolong kanan amatlah besar bagi memastikan kelancaran perjalanan sesebuah sekolah,” katanya.

image is not available
Sesi bergambar bersama peserta selepas selesai program, terdiri daripada penolong kanan pentadbiran dan penyelaras jadual waktu dari sekolah menengah sekitar Klang.