

JAECOO J-Club Jamin Kakitangan Servis Terkhusus Untuk Pelanggan J7
JAECOO Malaysia kini mula menyerahkan SUV Pacuan Semua Roda J7 secara berperingkat kepada pelanggannya. SUV jalan lasak premium ini akan mula menarik perhatian semasa menempuh jalan raya dan permukaan lasak Malaysia memandangkan proses penyerahan kepada pelanggan sudah bermula dengan 500 unit J7 diserahkan setakat ini.
“Kami benar-benar menghargai keterujaan yang ditunjukkan oleh para pelanggan yang tidak sabar-sabar untuk memandu pulang SUV JAECOO J7 impian mereka ke rumah atau dalam pengembaraan mengharungi bentuk muka bumi yang mencabar.
Di samping komitmen kami untuk menyerahkan kenderaan mengikut jadual, JAECOO Malaysia melaburkan masa dan usaha yang diperlukan untuk memastikan semua kenderaan bermutu tertinggi dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat,” ujar Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen.
Kelompok kenderaan pertama diserahkan kepada pelanggan menyusuli kejayaan membekalkan 500 J7 Pacuan Semua Roda tepat pada masanya kepada para pengedar di seluruh negara. Sementara itu, JAECOO kini bersiap sedia untuk menyerahkan versi J7 Pacuan Dua Roda kepada para pengedar lebih awal dari jadual asal pada bulan September.

“Pengalaman pemilikan premium bersama JAECOO sesungguhnya satu perjalanan menarik. Kami teruja untuk meneruskan perjalanan bersama para pelanggan menjangkaui proses penyerahan menerusi J-Club kami yang elit. Semua pemilik kenderaan JAECOO akan menjadi ahli J-Club elit secara automatik dan sebahagian daripada komuniti pemilik yang dinamik.
Antara manfaatnya termasuk seorang kakitangan servis JAECOO yang terlatih dikhususkan untuk setiap pemilik demi ketenangan fikiran mereka,” menurut Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.
J-Club juga akan membolehkan pemilik menikmati tawaran tempoh terhad untuk perkhidmatan penyenggaraan dan peluang untuk menyertai aktiviti sosial seperti acara anjuran J-Club termasuk aktiviti glamping dan bengkel penjagaan kereta.

Ahli-ahli juga akan menerima jemputan eksklusif yang melibatkan kerjasama artis, jemputan ke pameran auto dan juga peluang untuk mengunjungi kilang jenama ini di China. JAECOO akan menganjurkan acara sulung J-Club pada 7 September dari jam 5.30 petang hingga 10.00 malam di Sentul Pavilion, Kuala Lumpur.
Langkah membina sebuah komuniti pemilik juga menyediakan forum terbuka untuk para pemilik berhubung dan berinteraksi berkenaan minat yang dikongsi bersama.
Antaranya termasuk penggunaan ciri-ciri berguna J7 untuk pengembaraan jalan lasak atau memandu di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini, dengan ciri-ciri Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2 J7.
Ahli-ahli akan diberikan maklumat terkini tentang JAECOO menerusi e-mel, platform sembang seperti WhatsApp dan WeChat, dan juga laman terkhusus Facebook J-Club.
Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti perkembangan terkini di platform media sosial JAECOO Malaysia.
The post JAECOO J-Club Jamin Kakitangan Servis Terkhusus Untuk Pelanggan J7 appeared first on Siakap Keli.
