Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

TechnologyCars
9 Jul 2026 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

image.png

Buat julung kalinya, OMODA | JAECOO Malaysia menayangkan Jaecoo J5 EV sempena ekspo Oh My Meow! Expo 2026 yang sedang berlangsung di Mid Valley bermula hari ini hingga 19 Julai nanti.

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Encik Chris Tan, berkata, JAECOO J5 EV menandakan satu pencapaian penting sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama daripada OMODA | JAECOO Malaysia.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

"Ia mencerminkan komitmen kami untuk memperluaskan portfolio produk elektrik kami di samping memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang.

"Penampilan umum pertamanya di Oh My Meow! Expo 2026 membolehkan kami memperkenalkan J5 EV dalam suasana gaya hidup yang unik, yang melengkapi reka bentuk mesra haiwan peliharaan, teknologi pintar, serta kepraktisan harian model ini menjelang pelancaran rasminya," katanya.

image.pngimage.png

Difahamkan, JAECOO J5 EV disasarkan untuk semua terutama kepada pencinta haiwan peliharaan. Model ini adalah model pertama di dunia yang menerima pensijilan dalaman mesra haiwan daripada TÜV SÜD.

Ia menggunakan bahan kabin yang lebih tahan calar dan bau, selain susun atur ruang serta sistem kawalan suhu yang direka untuk memastikan haiwan peliharaan lebih selesa sepanjang perjalanan.

Sebagai SUV elektrik sepenuhnya yang pertama daripada OMODA | JAECOO Malaysia, J5 EV dikuasakan oleh motor elektrik pacuan roda hadapan yang menghasilkan kuasa setakat 155 kW (211 hp) dan tork 288 Nm, sekali gus memberikan prestasi yang lancar dan responsif untuk ulang alik harian mahupun pengembaraan hujung minggu.

JAECOO J5 EV dilengkapi dengan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) CATL berkapasiti 58.9 kWh, yang menawarkan jarak pemanduan WLTP sehingga 402 KM. Direka untuk kemudahan harian, bateri ini menyokong pengecasan pantas DC dari 30% hingga 80% dalam masa 28 minit sahaja.

image.png

J5 EV juga menampilkan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan pemilik membekalkan kuasa elektrik terus daripada kenderaan kepada peranti elektrik luaran yang serasi. Ciri ini menjadikannya teman ideal untuk aktiviti perkhemahan, aktiviti luar dan gaya hidup aktif.

Ciri-Ciri Utama: Teknologi, Keselesaan dan Ruang

JAECOO J5 EV mempertingkatkan lagi pengalaman pemilikan melalui rangkaian ciri-ciri mendahului kelasnya yang memfokuskan kepada Teknologi, Keselesaan dan Ruang.

JAECOO J5 EV menyatukan teknologi pintar yang meningkatkan kemudahan, keselamatan, serta keyakinan memandu:

Teknologi Active Grille Shutter (AGS).Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2+.Sistem Kamera Pandangan Sekeliling 540° HDSkrin Infotainmen Pusat 2K 13.2-inci

Bukan itu sahaja, setiap aspek kabin telah direka dengan mengutamakan keselesaan:

Bumbung Kaca Panorami 1.45m²:Cermin Sisi Hadapan Dwi-Lapisan (Double-Glazed).Suspensi Belakang Multi-link.Kawalan Iklim Automatik Dwi-Zon.

Selain itu, ia turu hadir dengan:

But Hadapan (Frunk) 35-liter: Menyediakan storan tambahan untuk barangan keperluan harian.Ruang Kargo Belakang 480-liter: Menawarkan kapasiti bagasi yang luas untuk perkelahan keluarga, membeli-belah atau aksesori haiwan peliharaan.35 Ruang Storan Pintar: Disepadukan secara strategik di seluruh kabin bagi memastikan setiap barangan mempunyai tempatnya yang tersendiri, sekali gus meningkatkan kebolehgunaan harian.

Bagaimanapun, OMODA | JAECOO Malaysia tidak mendedahkan harganya namun ia dikatakan berkemungkinan besar akan dijual sekitar RM120,000.

Pengalaman Gaya Hidup Unik di Oh My Meow! Expo 2026

image.png

Sebagai jenama automotif pertama yang bekerjasama dengan pameran berfokuskan kucing di Malaysia, OMODA | JAECOO Malaysia membawa JAECOO J5 EV melangkaui bilik pameran tradisional untuk mendekati pengguna melalui pengalaman gaya hidup yang unik.

Orang ramai boleh mengunjungi ruang pameran OMODA | JAECOO bagi melihat JAECOO J5 EV dengan lebih dekat secara eksklusif sepanjang acara Oh My Meow! Expo 2026.

📅 Tarikh: 9 hingga 12 Julai 2026

📍 Tempat: Aras 3, Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Mid Valley Megamall.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved