Jaecoo J5 – Rekabentuk, Spesifikasi, Varian, Harga

LocalCars
29 Mar 2026 • 3:48 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jaecoo J5 secara rasmi telah dilancarkan di Malaysia sebagai model baharu yang menawarkan kombinasi menarik antara reka bentuk premium, spesifikasi mantap, dan ciri mesra haiwan peliharaan yang pertama di kelasnya.

Dengan harga bermula RM108,000, SUV segmen-B ini hadir untuk bersaing dalam pasaran yang sangat kompetitif menentang pemain utama seperti Proton X50 dan Honda HR-V.

Kehadiran Jaecoo J5 bukan sekadar melengkapkan rangkaian produk Jaecoo di Malaysia, malah ia membawa pendekatan segar dengan memberi tumpuan kepada aspek kebersihan, keselesaan, dan teknologi yang relevan dengan gaya hidup pengguna moden, termasuk mereka yang mempunyai haiwan kesayangan.

Menariknya, model J5 ini dipromosikan sebagai kenderaan mesra haiwan peliharaan dimana ia didatangkan dengan kulit sintetik yang diperakui TÜV sebagai mesra haiwan peliharaan, dengan bahan antibakteria dan tahan calar yang memudahkan pembersihan selepas membawa anjing atau kucing kesayangan.

Jaecoo juga menawarkan aksesori seperti jaring, tikar, dan pembawa haiwan peliharaan sebagai pilihan tambahan, menjadikan Jaecoo J5 sebagai kenderaan pertama di Malaysia yang direka khusus dengan mengambil kira keperluan pemilik haiwan peliharaan.

Reka Bentuk Dalaman & Luaran

image is not available

Dari segi reka bentuk luaran, Jaecoo J5 mengusung bahasa reka bentuk yang jelas meniru estetika ikonik Range Rover dengan kelibat yang tegap dan mewah.

Ukurannya yang sepanjang 4,380 mm, lebar 1,860 mm, dan tinggi 1,650 mm dengan jarak roda 2,620 mm meletakkannya sebagai antara SUV B-segmen terbesar dari segi lebar dan tinggi, memberikan kehadiran fizikal yang dominan di jalan raya.

Ciri-ciri luaran standard yang menarik termasuk lampu utama dan lampu belakang LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, rim aloi 18 inci dengan tayar 235/55 R18, serta pintu but berkuasa yang memudahkan akses ke ruang kargo.

Bahagian luar Jaecoo J5 menampilkan garis badan yang tajam dan dinamik, dengan lampu hadapan LED yang memberikan pencahayaan optimum dan meningkatkan keselamatan semasa memandu pada waktu malam.

image is not available

Gril hadapan yang besar bersama rekaan bumper yang agresif memberikan penampilan yang menonjol dan sporty. Roda aloi yang direka dengan teliti melengkapkan penampilan luaran yang moden dan bergaya.

Ruang but Jaecoo J5 menawarkan kapasiti 480 liter dengan tempat duduk tegak, dan boleh dikembangkan sehingga 1,284 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dan angka ini menjadikannya antara yang terbesar dalam kelas B-segmen, cukup untuk membawa barangan keperluan keluarga atau peralatan haiwan peliharaan.

Artikel berkaitan: Jaecoo Omoda C9 Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

Spesifikasi

image is not available

Jaecoo J5 dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter turbo empat silinder dengan kod SQRE4T15C, yang mampu menghasilkan 147 PS (108 kW) dan tork 210 Nm.

Enjin ini dilengkapi dengan sistem Dual Variable Valve Timing (DVVT) untuk keseimbangan kuasa dan kecekapan yang baik, terutamanya pada kelajuan rendah.

Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui kotak gear CVT yang diiktiraf sebagai antara 10 terbaik dunia dengan kecekapan penghantaran mencapai 97%, memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.

Dari segi prestasi, Jaecoo J5 mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 10.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 175 km/j.

Penggunaan minyak didakwa sekitar 7.5 liter per 100 km, memberikan jarak gerak sehingga 680 km dengan tangki minyak 51 liter.

Keselamatan menjadi keutamaan pada Jaecoo J5, dengan enam beg udara dan suite lengkap sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Tahap 2+.

Antara ciri ADAS yang disertakan adalah kawalan pelayaran adaptif dengan bantuan kesesakan lalu lintas, amaran dan bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, brek kecemasan automatik, amaran lintasan belakang dengan fungsi brek, dan amaran perlanggaran belakang. 

Varian dan Harga Jaecoo J5

image is not available

Jaecoo J5 ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Zircon Grey, Snowy White, Glacier Blue, dan Canyon Black, memberikan pilihan kepada pengguna untuk menyesuaikan dengan citarasa masing-masing.

Jaecoo J5 ditawarkan di Malaysia dalam satu varian spesifikasi penuh dengan harga RM108,000, tidak termasuk insurans.

Harga ini merangkumi jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik.

Pada masa pelancaran, Omoda Jaecoo Malaysia menawarkan pakej early bird bernilai RM8,000 yang berlangsung dari 5 hingga 15 Mac 2026.

Pakej ini merangkumi rebat Duit Raya RM3,000, insurans tahun pertama percuma atau rebat tambahan RM3,000, serta pakej aksesori trio bernilai RM2,000 yang merangkumi subwoofer, mikrofon karaoke wayarles, dan lampu suluh pelbagai fungsi.

Dengan tawaran ini, harga efektif Jaecoo J5 turun kepada RM102,000, menjadikannya lebih kompetitif dalam pasaran.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Omoda Jaecoo Malaysia.